suria

Perwaja Sasar Loji Kemaman Catat Untung Dalam Tiga Bulan

KUALA LUMPUR: Pengeluar keluli, Perwaja Holdings Bhd sedang mengusahakan kelulusan daripada pemiutang untuk melaksanakan rancangan pemulihan loji Kemaman agar kembali untung dalam tempoh tiga bulan.

Perwaja kemudian akan memajakkan tanah di Kemaman itu kepada Tianjin Zhi Yuan Investment Group Co Ltd menerusi kerjasama selama lima tahun dengan Zhi Yuan.

Syarikat yang berpangkalan di China itu sedia menyuntik RM300 juta dalam tempoh 18 bulan akan datang untuk mengubah suai dan menjadikan loji Kemaman sebagai loji pembuatan produk berkaitan keluli aloi yang menguntungkan.

"Kami akan cuba mendapatkan (kelulusan) ini secepat mungkin... rasanya mereka menyokong apa yang kami sedang lakukan," kata Pengarahnya Datuk Alan Ong yang turut menambah jumlah hutang keseluruhan Perwaja ialah sekitar RM2.2 bilion.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pemeteraian dengan Zhi Yuan dan penyerahan kunci bagi projek loji Kemaman, beliau berkata Perwaja berhutang lebih RM450 juta dengan Tenaga Nasional Bhd dan Petronas Gas, RM200 juta dengan Kementerian Kewangan dan baki adalah pinjaman bank serta pemiutang lain.

Perwaja, Kemaman, China

Artikel Lain