AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 7:28 PM

Lakaran ibu pejabat baharu AirAsia yang bakal siap Jun 2016.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi merangsang pasaran dan meningkatkan jumlah penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sekiranya harga bahan api terus turun pada tahun depan, ia merupakan satu 'bonus besar" kepada syarikat penerbangan itu, kerana ia akan mengurangkan kos.

Tony (enam dari kanan) bersama dengan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranum (lima kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar (lima dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, Azran Osman-Rani (empat kiri) menabur tanah sebagai simbolik majlis pecah tanah ibu pejabat global baharu AirAsia berhampiran dengan Lapangan Terbang Tambang Murah KLIA2 di sini, Jumaat.

"Namun begitu, harga minyak berubah dengan cepat sekali, kita lihat sahaja apa yang akan berlaku. Niatnya, kami mahu mengurangkan harga tambang dan merangsang pasaran.

"Jika harga bahan api terus jatuh, kami juga mahu menghapuskan surcaj bahan api bagi membolehkan lebih ramai orang menaiki penerbangan.

"AirAsia sedang dalam usaha mengurangkan kos dan tambang untuk membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan penerbangan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru AirAsia di sini, Jumaat.

Pembinaan bangunan korporat baharu syarikat penerbangan itu, RedQ akan bermula pada bulan depan dan dijangka siap pada Jun 2016.

Bangunan enam tingkat berharga RM140 juta itu akan mempunyai keluasan kasar lantai 613,383 kaki persegi dan mampu menampung seramai 2,000 kakitangan.

Ia juga mengandungi pejabat korporat dan bahagian operasi AirAsia dan AirAsia, yang sekarang ini beroperasi secara berasingan antara Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan di sebuah pejabat sementara di gateway

Tags / Kata Kunci: AirAsia , tambang , Tony Fernandes

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan