Penggabungan CIMB, RHB, MBSB Bentuk Bank Sejagat

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 4:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan penggabungan CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), akan mewujudkan sebuah bank sejagat dengan pelbagai kelebihan persaingan dalam segmen yang strategik, kata sebuah penyedia perisikan pasaran global.

Bahagian Perisikan Kewangan International Data Corp (IDC) berkata tiga institusi kewangan itu mempunyai kekuatan mereka sendiri, dengan CIMB menerajui usaha "menserantaukan secara besar-besaran" bank-bank tempatan Asia Pasifik untuk membina satu rangkaian operasi merentasi beberapa pasaran di rantau ini.

"Usaha peluasan rentas sempadan ini membuka peluang untuk membina asas teknologi pelbagai rantau, atau platform teknologi maklumat bersepadu untuk menyokong dan mengembangkan operasi dalam pelbagai keadaan," kata IDC.

Ia berkata CIMB sedang membina inisiatif "1Platform" iaitu satu program lima tahun yang melibatkan antara lain, pembentukan sistem perbankan satu teras dengan keupayaan dapat menyesuaikan dengan pasaran tempatan serta penubuhan banyak pusat kecemerlangan untuk pembangunan aplikasi, penghantaran dan pengeluaran.

"Penggabungan itu adalah ujian sebenar pertama ke atas sejauh mana usaha transformasi CIMB mampu bertahan dari segi skala serta integrasinya tanpa mengira penggabungan tiga institusi itu yang akan melibatkan pelbagai pihak yang mempunyai asas domestik yang kukuh," katanya.

IDC berkata RHB, dianggap sebagai kisah pertumbuhan paling berjaya dalam pencapaian IT di rantau ini sejak lima tahun lalu.

Pelaksanaan "Easy by RHB" (Begitu Mudah dengan RHB) satu daya tarikan pasaran yang luas, melakar kejayaan melalui penggunaan model cawangan dengan penyelenggaraan rendah, semakan akaun mudah dan pemberian pinjaman kompetitif.

"Pelaburannya yang lain dalam perbankan pengguna (terutama kad dan pembayaran) juga menghasilkan dividen," katanya.

Sementara itu IDC berkata MBSB ialah penyedia pelbagai perkhidmatan kewangan dengan kekuatan dalam pembiayaan hartanah dan korporat/perbankan borong walaupun tanpa kejayaan berprofil tinggi seperti dua lagi rakannya dalam urusan penggabungan itu.

Ia berkata penggabungan penuh potensi dalam kalangan tiga institusi kewangan itu akan membentuk bank paling besar di Asia Tenggara dan mungkin mengambil alih tempat Maybank daripada kedudukan utama sebagai bank terbesar dan keempat terbesar di Asean.

IDC berkata penggabungan itu mungkin juga mencetuskan persaingan untuk membentuk bank terbesar bukan sahaja di Malaysia malah di Asean terutama dalam konteks Komuniti Ekonomi Asean yang bakal diwujudkan tahun hadapan.


Tags / Kata Kunci: CIMB , RHB , MBSB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan