Malaysia Rancang Jadi Perintis Pengurusan Kekayaan Islam

Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap menjadi negara pertama di dunia memperkenalkan pengurusan kekayaan Islam dan memperjuangkan produk baharu itu di bawah sistem kewangan Islam, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Menurutnya, pengurusan kekayaan Islam adalah sub sektor yang menarik dan menjanjikan pulangan baik dalam industri perkhidmatan kewangan.

"Kita memahami konsep pengurusan kekayaan daripada perspektif Syariah yang merangkumi aspek fizikal dan kerohanian kekayaan.

"Prinsip ini bertentangan dengan pengurusan kekayaan konvensional yang memberi tumpuan hanya kepada kekayaan fizikal atau material," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu persidengan mengenai pengurusan kekayaan Islam di sini, Rabu.

Ahmad berkata, setelah memantapkan diri sebagai peneraju global kewangan Islam, Malaysia kini adalah pasaran ketiga terbesar dunia untuk aset Syariah, iaitu produk dan perkhidmatan perbankan Islam, sukuk dan takaful.

Ahmad berkata, bagi meningkatkan hasrat Malaysia menjadi pusat kecemerlangan intelek dalam kewangan Islam, kerajaan meningkatkan usaha ke arah itu.

"Beberapa institusi pembangunan sumber manusia, termasuk Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Untuk Kewangan Islam (ISRA), Pusat Antarabangsa Untuk Pendidikan Dalam Kewangan Islam (INCEIF), Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Institut Kewangan Asia (AIF) telah ditubuhkan untuk menjayakan hasrat berkenaan.

"Saya menjangka pengurusan kekayaan Islam akan berkembang ke peringkat seterusnya dalam industri kewangan Islam dengan ketersediaan infrastruktur di segi pembangunan sumber manusia untuk institusi kewangan Islam serta kepakaran yang sudah ada ketika ini," katanya.

Persidangan dua hari itu dianjurkan Majlis Perancangan Kewangan Malaysia dan Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan. Ia bertindak sebagai platform untuk perangkaian dan pertukaran fikiran dan pandangan mengenai fungsi dalaman industri kewangan Islam.

Lebih daripada 300 delegasi membabitkan penggubal dasar, institut penyelidikan, agensi kerajaan serta tokoh akademik menyertai persidangan tersebut. 


Tags / Kata Kunci: Islam

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan