'Pelbagai Warna, Satu Bangsa' Buku Perpaduan Si Kecil Yang Menyentuh Hati

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 3:24 PM

Sebahagian pelajar Sri Kuala Lumpur International School yang terlibat dalam persembahan kebudayaan bergambar kenangan selepas buku perpaduan, Pelbagai Warna, Satu Bangsa' dilancarkan di sekolah mereka, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

"KEPELBAGAIAN kaum adalah kekuatan dan keunikan sebenar Malaysia tetapi ia tidak digunakan sepenuhnya.

"Negara tidak dapat selamanya menjual minyak, tetapi kita boleh mengekalkan kemantapan dan keunikan perpaduan ini sebagai kekuatan negara," demikian ucap penulis buku perpaduan, Anas Zubedy.

Bertitik-tolak dari situlah beliau memainkan peranannya dengan menghasilkan buku berjudul 'Pelbagai Warna, Satu Bangsa'.

Peranan penulis dan buku ini mungkin nampak kecil, tetapi sebenarnya mampu memberi perubahan besar dalam landskap perpaduan di Malaysia.

Melihat kulit luarnya yang ceria, ia nampak seperti sebuah buku santai, sesuai buat kanak-kanak yang bakal meneruskan kesinambungan perpaduan di Malaysia.

Namun, bagi orang dewasa yang membacanya, buku ringkas ini tidak mustahil bakal menjadi sebuah karya yang cukup menyentuh hati dan sanubari.

Menerusi buku ini, Anas Zubedy berkongsi inspirasinya dengan menceritakan keindahan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya yang tidak wujud di negara lain dengan gaya paling santai.

Pengalamannya membesar di Pulau Pinang, dikelilingi masyarakat pelbagai kaum , pengembaraan ke seluruh dunia dan kisah rakan-rakan pelbagai etnik di luar semenanjung membantu beliau dalam menyiapkan naskhah ini.

Anas Zubedy


"Saya melihat sendiri kisah benar di mana ibu bapa kaum Cina sanggup menjual rumah untuk membiayai pelajaran anak-anak mereka.

"Ia satu perkara yang boleh dipelajari, setiap kaum mempunyai kekuatan. Hadis ada menyatakan bahawa 'menuntut ilmu biar sampai ke negara China', tetapi kita tak perlu ke China kerana kaum Cina adalah jiran-jiran kita," katanya yang meletakkan kekuatan itu di bawah tajuk '10 perkara baik yang boleh kita kongsikan kepada anak-anak kita mengenai kaum Cina Malaysia' di dalam buku ini.

Dalam menyatakan tahap dan perihal perpaduan di Malaysia, beliau berpandangan apa yang wujud di Malaysia sekarang adalah kesepaduan di mana turut tercetus detik-detik perpaduan dan perpecahan di dalamnya.

"Jika kita cintakan Malaysia, kita harus menjadi ejen yang mewujudkan lebih banyak momen perpaduan supaya lebih banyak detik atau suara perpecahan dapat 'didiamkan'.

"Berbanding mengkritik atau berfikir tentangnya (suara perpecahan) lebih baik kita mencipta banyak detik perpaduan dan diharapkan peranan kecil ini mampu memantapkan perpaduan di negara ini," katanya selepas buku ini dilancarkan.

Majlis pelancaran disempurnakan penyanyi Zainal Abidin, di Sri Kuala Lumpur International School.

Dari kiri, Anas Zubedy, Zainal Abidin dan Ketua Pengarah Eksekutif Sri Kuala Lumpur International School Hanef Merican ketika majlis pelancaran buku Pelbagai Warna, Satu Bangsa.

'Pelbagai Warna, Satu Bangsa' diterjemahkan selepas karya asalnya yang berbahasa Inggeris berjudul Many Colors, One Race yang diterbitkan pada 2013 mendapat sambutan agak baik.

Malah, Anas Zubedy yang merupakan pengarah urusan di zubedy (m) Sdn Bhd juga sedang merancang untuk berkolaborasi dengan Zainal Abidin bagi menghasilkan sebuah lagu bertemakan perpaduan yang dapat disemadikan di hati rakyat.

Beliau yang percaya bahawa pendidikan kanak-kanak bermula dari rumah turut yakin bahawa muzik dapat dijadikan sebagai medium perpaduan yang memberi kesan kepada generasi muda.

Katanya, beliau juga berhasrat untuk menjadikan buku ini sebagai bahan pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia dan akan berusaha ke arah itu.

Buku ini boleh didapati di kedai buku MPH dan kedai-kedai buku terpilih dengan harga RM26.90 (bahasa Melayu) dan RM27.90 (bahasa Inggeris).

Tags / Kata Kunci: Anas Zubedy , buku perpaduan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan