Ain Arabia Bukit Bintang Jadi 'Hotel' Penagih, Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

SEJAK 10 tahun lalu 'Ain Arabia' menjadi salah satu lokasi tarikan bagi para pelancong di Bukit Bintang keranak kedudukannya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

'Ain Arabi' yang bermaksud 'Eye of Arabia' dibina di atas tapak seluas 0.2 hektar itu  di persimpangan Jalan Berangan dan Jalan Beremi, bertujuan untuk dijadikan sebagai Taman Arab dengan hiasan teko gangsa gergasi yang mengeluarkan air dari muncung panjang ke dalam air pancut untuk mencerminkan tema di padang pasir.

Projek oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini turut melibatkan pereka-pereka dari Syria dan Uzbekistan.

Projek bernilai RM10 juta itu juga turut melibatkan pembinaan pintu gerbang di tempat masuk taman tersebut serta bangku, gazebo, lampu hiasan, pasu bunga, dan juga pokok-poko sawit.

Ain Arabi dibina bagi menyediakan tempat rehat untuk pelancong Arab yang semakin bertambah di Kuala Lumpur khususnya sekitar Julai dan Ogos.

Tetapi hari ini, tempat yang popular satu ketika dahulu bukan sahaja telah rosak malah  dijadikan tempat melepak penagih dadah dan juga mereka yang tiada tempat tinggal.

Terdapat juga para peniaga di situ yang mendakwa taman berkenaan kini  sudah bertukar menjadi tempat melepak pekerja-pekerja warga asing.

Menurut salah seorang pekerja Alam Flora, Sirul Lokman berkata, warga asing menjadikan air pancut di situ sebagai tempat untuk mandi serta mencuci pakaian.

"Kita boleh lihat mereka mengeringkan pakaian yang dicuci di bangku-bangku berdekatan.

"Jika kamu lihat dengan lebih dekat lagi, mereka meninggalkan berus dan sabun yang tersorok di beberapa sudut di situ," katanya lagi.

Menurut Sirul, muncung panjang pada teko gangsa tersebut digunakan untuk menyembunyikan tikar alas tidur dan bekas yang dipenuhi dengan barangan keperluan harian mereka seperti sikat, kasut, dan selipar.

Penyelia bangunan yang bekerja berhampiran taman tersebut, Mohd Alif Subramaniam berkata, kawasan itu tidak lagi dipenuhi dengan pelancong tetapi dengan penagih dadah dan warga asing.

"Tiada lagi pelancong yang mahu berkunjung ke situ.

"Kawasan ini telah menjadi tempat lepak penagih dadah dan tempat tinggal bagi warga asing.

"Saya telah melihat banyak pergaduhan berlaku di sini termasuk di kalangan warga asing," katanya.

Seorang pengurus hotel yang mahu dikenali sebagai Jerica berkata, 'Ain Arabia' tidak lagi menarik perhatian pelancong Arab seperti dahulu.

"Dulu pelancong Arab sering melepak di kawasan ini tetapi sekarang tidak lagi. Tempat ini sekarang digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal serta beberapa warga asing untuk tidur pada waktu malam.

"Walaupun menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat tinggal dan tempat tidur, mereka tidak pernah mengganggu kenteteraman pelancong yang menginap di hotel kami," kata Jerica.

StarMetro telah membuat tinjauan di kawasan tersebut minggu lalu dan terkejut apabila mendapati ia berada di dalam keadaan yang mengecewakan.

Ketika dibuka pada 2005, kawasan tersebut dipenuhi dengan rumput hijau yang subur dan laman tersebut menonjolkan seni bina Arab.

Di situ juga terdapat sebuah pokok beringin besar yang telah lama dipelihara oleh DBKL kerana usia dan keindahannya.

Hari ini, teko gangsa gergasi itu dipenuhi dengan sampah sarap dan tidak lagi mengeluarkan pancutan air.

Kawasan air pancut telah ditutup untuk mengelakkan orang ramai daripada mandi di situ tetapi masij ramai yang membuang sampah sarap dan puntung rokok ke dalamnya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila pokok beringin lama itu kini telah menjadi tunggul kayu.

"Ia kelihatan kering apabila pihak DBKL mula mencurah simen ke tanah.

"Sungguh merugikan kerana ia adalah pokok yang cantik," kata Mohd Alif.


Tags / Kata Kunci: Ain Arabia , Bukit Bintang , DBKL

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan