Kuih Cara

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 7:00 AM

Gambar hiasan: Kuih cara.

(Ubah saiz teks)

KUIH cara antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutamanya di bulan Ramadan. 

Malah, kuih ini juga sesuai dihidangkan pada rumah terbuka Aidilfitri kerana ia mudah disediakan.

Uniknya, jika menggunakan daun pandan asli, aroma kuih ini sangat harum dan menyelerakan.


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

3 cawan santan 

4-5 helai daun pandan

2 biji telur

1 sudu kecil garam

2 sudu minyak masak

pewarna hijau - beberapa titik

gula pasir secukupnya

Cara-cara:

Kisar kelapa parut bersama daun pandan yang dihiris nipis dan air dengan anggaran supaya menghasilkan 3 cawan pati santan.

Bancuh santan bersama tepung gandum dan telur dan garam.Titiskan beberapa titik pewarna hijau dan kacau sebati. Lebih mudah jika menggunakan whisk. 

Tapis adunan supaya tiada ketulan kemudian isikan dalam bekas bermuncung.

Panaskan acuan kuih dan griskan dengan minyak menggunakan daun pandan yang dicarikkan di hujung. 

Apabila acuan sudah panas, tuang adunan sehingga hampir penuh. 

Sudukan gula pasir dalam anggaran 1/2 sudu teh ke dalam acuan dan tutup dengan tudung periuk. 

Apabila permukaan kuih sudah masak, angkat dan sejukkan di dalam pinggan.
Tags / Kata Kunci: kuih cara

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan