suria

Lawatan PM Royal Belum

Lawatan PM Royal Belum
1 / 6
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan teropong pada perasmian Galeri Banding 'Memori Lebuhraya Timur Barat' yang terletak berhampiran Belum Rainforest Resort di Gerik. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kiri) dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Mohd Zin.
2 / 6
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menikmati minum pagi bersama anggota tentera pada perasmian Galeri Banding 'Memori Lebuhraya Timur Barat' yang terletak berhampiran Belum Rainforest Resort di Gerik. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kiri), Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Mohd Zin (dua, kanan) dan Pengerusi Emkay Group Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar (kanan).
3 / 6
Fasa kedua Belum Rainforest Resort, Pulau Banding telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Fasa kedua Belum Rainforest Resort dilengkapi kemudahan tambahan kepada 70 bilik sedia ada iaitu 36 Deluxe Suite, enam buah chalet tradisional bercirikan kampung, sebuah villa ekslusif, kolam renang dan sebuah Base Camp.
4 / 6
Pelajar-pelajar sekolah ceria menyertai Program Green Ranger Malaysia yang diadakan di Banding Base Camp dan turut menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Royal Belum sempena pelancaran fasa kedua Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Gerik.
5 / 6
Fasa kedua Belum Rainforest Resort dilengkapi kemudahan tambahan kepada 70 bilik sedia ada iaitu 36 Deluxe Suite, enam buah chalet tradisional bercirikan kampung, sebuah villa ekslusif, kolam renang dan sebuah Base Camp.
6 / 6
Najib Razak, Royal Belum

Artikel Sebelum

Sambutan Hari Ibu

Artikel Berikut

Artikel Lain