suria

Anak-anak asyik minta makan... Masalodeh ranggup di luar, gebu di dalam mungkin jawapannya!

Masalodeh yang ranggup di luar, gebu di dalam membuatkan sesiapa sahaja teringin! Foto FACEBOOK MAS COTEK

MASALODEH bukan sahaja popular dalam kalangan kaum India tetapi snek ini juga turut digemari oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Kesedapannya memang tiada bandingan... Ranggup di luar, gebu di dalam membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan sebagai minum petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Buntu nak masak sepanjang tempoh PKP, apa kata cuba 9 resepi ‘survive’ Covid-19

Jika sudah buntu nak masak apa buat keluarga ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, Masalodeh mungkin jawapannya! Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Facebook Mas Cotek.


Bahan-bahan bagi membuat masalodeh juga cukup mudah!

Bahan-bahannya:

2 cawan kacang dal (direndam selama 4 jam)

2 biji bawang besar*

2 biji cili merah*

2 biji cili hijau*

5 tangkai cili kering*

2 tangkai daun kari*

1 sudu makan jintan manis, ditumbuk kasar

Garam dan perasa secukupnya

Simpan adunan yang telah dibentuk dalam peti sejuk sebelum digoreng agar ia tidak pecah.

Cara-caranya:

1. Cincang atau hiris semua bahan bertanda *

2. Kisar kering kacang dal

3. Satukan semua bahan-bahan dan gaul sebati

4. Bentukkan adunan menjadi bulat

5. Goreng sehingga kekuningan dengan menggunakan api sederhana (bagi mengelakkan adunan hancur ketika menggoreng, simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum digoreng).

Artikel Lain