Buntu nak masak sepanjang tempoh PKP, apa kata cuba 9 resepi ‘survive’ Covid-19

Berada di rumah sepanjang hari tidak menghalang anda untuk siapkan pelbagai makanan.

SEJAK Rabu lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bagi membendung penularan virus Covid-19.

Susulan pengumuman itu, ramai menjadi panik dan mula memenuhi pasar raya bagi membeli stok makanan. Sebenarnya kita tidak perlu panik.

Ini adalah peluang untuk anda gunakan kreativiti memasak dengan hanya menggunakan barangan yang terdapat di dapur anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok terangkat ke tak dapat lempeng cicah kari!

Kuali berkongsi sembilan resepi yang boleh anda buat dengan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.

Biskut Tuna mudah disediakan.

1. Biskut berinti tuna

Setiap rumah pasti ada biskut kering dan tin tuna. Jika ada lebihan timun dan bawang boleh diletakkan sekali bagi menambahkan kesedapan biskut tuna anda!

2. Mi buatan sendiri

Daripada asyik buat cucur, apa kata gunakan tepung gandum untuk buat mi. Inilah masanya nak cuba buat mi sendiri! Macam-macam masakan boleh dibuat termasuklah mi goreng.

3. Tuna Quiche

Tuna Quiche sesuai dimakan sesi keluarga bila-bila masa.

Jika anda ada tepung, mentega, tuna dan telur, cuba buat tuna quiche. Paling best, ia boleh bertahan lama jika disimpan dengan baik.

4. Lempeng

Tak susah nak buat lempeng sendiri. Hanya perlukan tepung, serbuk penaik, garam, telur, susu dan mentega.

5. Piza

Dengar macam susah nak buat piza, tapi sebenarnya tidak! Cukup jika anda ada roti, taburkan bahan-bahan yang ada di dapur seperti bawang, keju dan sos tomato. Siap!

6. Roti sosej pedas

Sosej dan roti boleh dimasak dengan pelbagai resepi menarik.

Sambal ikan bilis yang lebih tu ada gunanya! Sapu di atas roti, letak sosej dan goreng! Anak-anak mesti suka.

7. Bubur nasi

Bubur nasi paling mudah! Anda boleh 'campak' apa sahaja bagi menyedapkannya termasuklah ikan bilis, telur dan sambal.

8. Pasta ala-Melayu

Pasta boleh disediakan dengan mudah dan sedap dimakan.

Pasta ada tapi sosnya tiada. Tiada hal! Tumis bawang merah, bawang putih serta cili padi. Masukkan ikan bilis atau udang, siap.

9. Oat

Seperti bubur nasi, oat juga antara hidangan yang cukup mudah ketika ini. Malah anda boleh gunakan kreativiti berdasarkan apa bahan yang ada di dapur. -Kuali



resepi, Covid-19, Sekatan Pergerakan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sah! GRS menang majoriti mudah PRN Sabah

Harga petrol, diesel naik