suria

Apa rahsia buat pau gebu? Ini resepinya...

Pau gebu cukup enak dimakan ketika minum petang.

BIASANYA kalau teringin nak makan pau, kita akan beli sahaja di kedai sebab kalau nak buat sendiri nampak macam susah!

Tapi sebenarnya proses membuat pau ni 'sap sap soi jer!' Paling penting bahan digunakan juga mudah didapati.

Kepada yang tak pernah buat pau, apa kata ikut resepi yang dikongsi oleh Mas Cotek ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok terangkat ke tak dapat lempeng cicah kari!

Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum

40 gram yis basah

1/2 cawan air

1 1/2 sudu makan majerin

1 sudu makan lemak sayur (shortening)

2 sudu makan susu pekat manis

Air secukupnya

Pau gebu cukup menyelerakan. 

Cara-caranya:

1. Bancuh yis dengan 1/2 cawan air dan ketepikan

2. Satukan tepung gandum, shortening, susu pekat manis dan majerin. Jadikan adunan seperti serbuk roti

3. Masukkan yis dan gaul rata

4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh yang tidak melekat pada tangan dan teruskan menguli sehingga doh lembut

5. Bulat-bulatkan doh

6. Masukkan inti mengikut cita rasa dan biar doh naik sekali ganda (boleh gunakan inti kelapa, kaya atau kacang merah)

7. Kukus di antara 7 hingga 10 minit dengan api sederhana

Pau, Resepi, Menu, Masakan

Artikel Lain