suria

Sup ayam pengubat terbaik ketika diserang demam dan selsema

Sup ayam dipercayai dapat menurunkan suhu badan yang tidak sihat.

SUP ayam  antara penawar altenatif sebagai penawar untuk menurunkan suhu badan.

Sup ayam juga dipercayai boleh meredakan batuk dan selsema dikala badan diserang demam.Sejak dulu lagi sup ayam memang 'rapat' dengan mereka yang tidak sihat terkena demam atau badan tidak sihat.

Ada yang suka menyediakan sup ini hanya sekadar meletak sup bunjut dan renehkan ayam, malah ada juga yang yang suka menambah serai atau halia kerana kedua-dua bahan ini mempunyai khasiat tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:  Pisang bukan sebarang pisang, sekali dimasak acar... enak sekali!

Apa sahaja bahan, asalkan ia boleh melegakan rasa tidak sedap badan... ianya okay!.

Dengan cuaca yang panas sejak kebelakangan ini, pastinya segelintir yang mengalami demam dam selsema . Apa kata redakan rasa lemau badan itu dengan menikmati sup ayam serai.

Ayam dimasukkan selepas bawang ditumis. 

Bahan-bahan
*Seekor ayam - potong 18 
*1 sup bunjut
*1 batang lobak merah - dipotong
*1 batang serai - diketuk
*3 biji bawang merah
*2 inci halia - dipotong halus
*3 tangkai daun sup
*2 biji kentang - dipotong
*Garam secukup rasa
*bahan penumis

Cara memasak:
1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, rempah tumis - goreng sehingga naik bau
2. Masuk ayam, serai dan halia - gaul sehingga rata sebelum masukkan air dan garam serta sup bunjut
3. Masukkan lobak dan ubi kentang
4.  Renehkan dengan api perlahan kira-kira 15 minit (periuk ditutup)

Angkat dan hidangkan bersama ditabur dengan daun sup. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain