suria

Mi kicap mudah disediakan... sedap dan mengenyangkan!

Mee kicap dengan resepi yang ringkas dan sedap. Kredit FB Fatiha Nuur.

TIDAK semua kedai makan menyediakan mi kicap atau lebih juga dikenali mi wantan.

Jangan risau kerana anda boleh menyediakan sendiri makanan kegemaran ini dengan cara yang paling mudah dan menjimatkan masa.

Mungkin bagi sesetangah orang, ianya nampak remeh, sebaliknya hidangan ini amat senang dan lebih penting mengenyangkan perut seisi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN:  Laa! Tak susah pun rupa-rupanya nak buat sate... jom cuba

Bahan-bahan:

Mi wantan/mi kering
Bawang putih tumbuk halus
Lada sulah
Sos tiram
Minyak bijan
Kicap pekat
Garam / Gula
Tepung jagung
Sayur sawi pak choy@ sayur brocoli (dicelup dengan air panas)
Mi kering dan sayur sawi direndam beberapa minit dengan air panas,
Ayam diperap dengan kicap masin, kicap manis dan lada sulah. Kemudian goreng.
Daun bawang sebagai hiasan.

Mi kicap sedap dimakan ketika hidangan masih panas.

Cara-cara :

*Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
*Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa.
*Akhir sekali masukkan tepung jagung, kuahnya biar agak-agak pekat ya.
*Masak sehingga kuah mendidih. Padamkan api.

Cara Penyediaan :

*Mi yang telah ditos tadi masukkan dalam bekas.
*Gaul-gaulkan dengan sedikit kuah kicap, kemudian tuang ke dalam mangkuk.
*Ayam yang digoreng tadi dihiris nipis susun di atas mi bersama sayur.
*Akhir sekali tuang sedikit kuah kicap tadi, hias sedikit daun bawang siap.

Sedia untuk dimakan! . -  Kredit resepi: Fatiha Nuur

Mee kicap, resepi, mudah

Artikel Lain