suria

Pergh! Cencaru sumbat boleh buat tambah nasi dua pinggan

Cencaru sumbat enak dimakan bersama nasi panas.

CENCARU sumbat antara hidang tidak asing lagi dan boleh membuatkan anda bertambah nasi dua pinggan.

Rahsianya bukan terletak pada ikannya tetapi sambal yang disumbat di dalam ikan. Ia nampak mudah untuk disediakan tetapi tak ramai mahir membuat sambalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah cuba nuget tempe? Fuhh! Bukan sahaja sedap tapi menyihatkan!

Jangan bimbang, Kuali berkongsi resepi mudah untuk membuat cencaru sumbat. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

5 ekor ikan cencaru

1 sudu makan garam

1 sudu makan lada

3-4 sudu makan minyak masak

(Bahan-bahan sambal)

12 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

5 biji cili kering

12 biji cili merah

3 keping hirisan lengkuas

1 sudu makan belacan

20 gram udang kering

1 batang serai

(Perasa)

1 sudu makan asam jawa yang dicampur air secukupnya

2 helai daun limau purut, diracik halus

1 sudu makan sos ikan

Cara-cara membuatnya:

1. Bersihkan ikan dan belah pada setiap sisi belakang untuk membuat kantong. Lumurkan ikan dengan garam serta lada sulah dan biarkan ia seketika.

2. Satukan semua bahan-bahan untuk membuatkan sambal di dalam pemproses makanan dan tambahkan garam.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan itu tadi sehingga naik bau. Kemudian angkat dan biarkan ia sejuk.

4. Sumbatkan sambal itu ke dalam kantong di kedua-dua belah ikan dan gorengkan dalam minyak panas sehingga ikan perang keemasan dan sedia untuk dihidangkan.

Cencaru sumbat, Sambal, Resepi

Artikel Lain