suria

Selera bertambah dengan bilis cili goreng petai

Sambal bilis goreng petai hidangan yang membuatkan anda bertambah nasi.

BAGI mereka yang sukakan masakan pedas, ringkas dan menyelerakan, apa kata dihujung minggu ini anda sediakan menu paling menyelerakan seisi keluarga.

Mereka yang gemarkan masakan berasaskan ikan bilis, pastinya muncul  resepi yang paling sedap dan mudah disediakan iaitu ikan bilis cili goreng petai.

Apa lagi, pasti bertambah nasi jika di makan di kala hidangan ini masih panas-panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah dengar kerabu tembikai? Sedap tak terkata!

Bahan-bahan:

20 ulas petai (dibelah dua)

250 gram ikan bilis (bersihkan terlebih dulu)

Seulas bawang besar (dihiris)

Sedikit air asam jawa 

(bahan dikisar)

15 biji cili padi

4 ulas bawang merah

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar.

2. Masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga sebati.

3. Masukkan petai, bawang besar, air asam jawa dan sedikit gula.

4. Gaulkan hingga rata dan sedia dihidang.

Artikel Berikut

Artikel Lain