Pisang bukan sebarang pisang, sekali dimasak acar... enak sekali! - Resipi | mStar

Pisang bukan sebarang pisang, sekali dimasak acar... enak sekali!

Acar pisang benggala mudah disediakan.

PISANG antara buah yang dianggap boleh mengeyangkan selain daripada mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Ada juga pisang yang boleh dimakan begitu sahaja dan, lebih menarik pisang juga dijadi pemanis mulut dengan menjadikannya dalam hidangan seperti pengat pisang, pisang goreng, lepat dan sebagainya.

Namun kami ini, menu menarik yang mungkin ada juga yang pernah makan hidangan lazat yang disediakan daripada pisang benggala.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat tinggal pisang goreng... Helo popiah pisang!

Pisang benggala lebih kerap dibuat sebagai bahan masakan kerana terlalu banyak biji jika hanya dimakan begitu sahaja.

Namun jika memasaknya, bijinya itu agak lembut untuk dimakan.

Kali ini menu istimewa yang mudah disediakan iaiati masak acar pisang benggala yang enak dimakan bersama nasi panas.

Pisang muda benggala enak dimasak acar.

Bagi masyarakat Kelantan, resepi ini memang terkenal kerana keenakannya dengan rasa manis dan pedas.

Bahan-bahan acar pisang benggala:

Halia, bawang merah, bawang putih (semua dikisar)

Pisang benggala, santan, cuka makan dan cili kering

Cara memasak:

1. Tumis bahan-bahan yang dikisar itu sehingga naik bau.

2. Masukkan sedikit cuka makan

3. Bila bahan sudah sebati, masukkan santan (kotak kecil) dan campurkan sedikir air agar kuahnya tidak terlalu pekat.

4. Biarkan mendidih dan masukkan beberapa biji pisang benggala yang telah siap dikelar.

5. Biarkan pisang itu masak (dalam 5 hingga 7 minit) dan matikan api. Tadaaaaa siap!

Acar , Pisang Benggala , Masak , Resepi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor