suria

Saderi goreng bukan sahaja makanan diet sedap, vitamin pun banyak!

Saderi goreng bukan sahaja enak tetapi mempunyai banyak khasiat.

BERSEMPENA dengan tahun baharu ini, pasti ramai yang berkobar-kobar untuk berdiet dan berazam untuk makan lebih banyak sayur!

Ha! Apa kata cuba resepi saderi goreng ini. Ia kaya dengan pelbagai vitaman termasuk vitamin A, vitamin C dan vitamin K serta folate dan potassium.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan sedikit kreativiti, oat boleh jadi hidangan paling menyelerakan!

Paling penting nak buat pun mudah, tak sampai 10 minit!

Bahan-bahannya:

2 batang saderi

4 biji arrowroot head (nga ku)

50 gram lobak merah dipotong halus

1 sudu makan halia kisar

1 sudu makan bawang putih kisar

1 sudu makan minyak bijan

1 sudu makan kicap cair

1 sudu makan sos tiram

1/4 sudu makan serbuk perasa sayur

Sedikit lada sulah

Sedikit gula

100 ml air

(Bahan pemekat)

1 sudu tepung ubi

1 sudu air air

Cara-caranya:

Tumiskan halia dan bawang putih menggunakan minyak bijan sehingga kekuningan. Kemudian masukkan saderi, arrowroot head dan lobak merah yang sudah dipotong.

Masukkan serbuk perasa sayuran, kicap cair, sos tiram, dan air. Biarkan ia mendidih selama 2-3 minit sebelum masukkan larutan tepung ubi bagi memekatkan kuah.

Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah sebelum sedia dihidangkan.

Saderi, Vitamin, Resepi, Masak

Artikel Lain