suria

Selamat tinggal pisang goreng... Helo popiah pisang!

POPIAH pisang mungkin tidak terkenal di Malaysia tetapi menjadi kegilaan di Filipina. Lebih dikenali sebagai turron de platano, pemanis mulut ini juga boleh diganti dengan cempedak, mangga, ubi keledek atau parutan kelapa.

Pada yang sudah jemu dengan pisang goreng atau pisang cheese, apa kata cuba popiah pisang untuk minum petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya dengan 6 bahan, hidangan ketupat sotong paling lazat sedia dihidang!


Bahan-bahannya:

10 biji pisang berangan atau 20 biji pisang emas

1 bungkus kulit popiah

200 gram mentega kacang

200 gram sapuan kacang hazel

200 gram isi durian

2 sudu makan tepung serbaguna

2 sudu makan air

2 cawan minyak masak

Cara-cara membuatnya:

1. Jika menggunakan pisang berangan, belah kepada suku atau separuh (pisang emas).

2. Campurkan air dan tepung serbaguna sehingga sebati untuk digunakan sebagai pelekat kulit popiah.

3. Bentangkan kulit popiah sebelum menyapu sama ada kacang mentega, sapuan kacang hazel atau durian di atasnya dan letakkan pisang sebelum dibalut.

4. Sebaiknya, letakkan sapuan dan pisang pada hujung kulit popiah bagi memudahkan ia dibalut dan calitkan sedikit campuran air dan tepung bagi melekatkan popiah.

5.  Panaskan minyak dan goreng sehingga popiah berwarna emas. Selepas diangkat taburkan serbuk gula atau madu sebagai penambah rasa. - KUALI

Popiah Pisang, Resepi, Kuali

Artikel Lain