Pernah cuba nuget tempe? Fuhh! Bukan sahaja sedap tapi menyihatkan! - Resipi | mStar

Pernah cuba nuget tempe? Fuhh! Bukan sahaja sedap tapi menyihatkan!

nuget tempe bukan sahaja menyihatkan tetapi lazat!

SIAPA suka makan tempe? Biasanya tempe di goreng atau dibuat masak sambal kering bersama ikan bilis namun tahukah anda ia juga boleh dijadikan nuget?

Bukan sahaja menyihatkan malah pasti anak-anak anda akan menyukainya! Cara membuatnya pun cukup mudah.

ARTIKEL BERKATAIN: Udang goreng mentega... menyelerakan dimakan ketika masih panas

Selepas ini sudah boleh lupakan nuget segera yang tidak menyihatkan itu.

Bahan-bahannya:

500 gram tempe

250 gram ayam cincang

150 gram serbuk roti

2 biji telur

100 gram lobak merah (dipotong dadu)

3 batang saderi (dicincang halus)

(Bahan-bahan untuk dikisar)

7 ulas bawang putih

2 biji buah keras

1 sudu makan serbuk ketumbar

1/2 sudu serbuk makan jintan

1 sudu makan serbuk lada hitam

Garam secukupnya

(Bahan pencelup)

2 biji telur dan garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Kukus tempe dan ayam cincang selama 15 minit.

2. Lenyekkan tempe dan ayam sehingga sebati sebelum campurkan lobak merah, saderi berserta dua biji telur serta bahan-bahan yang dikisar. Gaulkan sehingga rata.

3. Tuangkan adunan itu dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus selama 20 minit.

4. Setelah siap dikukus, biarkan ia sejuk dan potong menjadi kiub.

5. Sebelum goreng celup dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Goreng sehingga keemasan dan sedia dihidangkan!

Resepi , Nuget , Tempe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin