suria

Tak perlu bakar pun... Ini cara buat kek keju oreo

Kek Keju Oreo cukup mudah dibuat malah tidak menggunakan ketuhar! - Foto Facebook MAS COTEK

SIAPA yang tak suka makan biskut oreo? Sekali duduk boleh habis sepeket cicah dengan susu atau kopi. Itu belum ada yang hancurkan campur dalam ais krim vanila. Uhai... sedapnya!

Sebenarnya, biskut oreo boleh dipelbagaikan termasuklah dibuat sebagai kek dan paling penting ia tidak perlu menggunakan ketuhar pun!

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok terangkat ke tak dapat lempeng cicah kari!

Apa kata cuba resepi seperti dikongsikan menerusi Facebook Mas Cotek ini.

Asas kek disejukkan terlebih dahulu sebelum menuang bahan kek keju. 

Bahan-bahannya:

A. Bahan asas kek

30 keping biskut oreo (diasingkan krimnya)

3 sudu makan mentega atau majerin

Cara-cara proses bahan asas kek (A)

1. Hancurkan biskut atau kisar sehingga halus

2. Cairkan mentega, kemudian campurkan oreo yang telah dihancurkan dan gaul sebati

3. Tekan adunan itu ke dalam loyang sehingga menjadi padat

4. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit

5. Asas kek siap!


Kek keju oreo enak dimakan sebagai pencuci mulut. 

B. Bahan kek keju

250 gram krim keju

200 ml whipping cream

1/4 cawan susu pekat manis

1/4 cawan gula castor

1 sudu teh esen vanila

15 keping oreo (dipatah-patahkan)

1 sudu makan galetin

2 sudu makan air panas (untuk larutkan galetin)

Gunakan kreativiti untuk menghias kek keju oreo anda.

Cara-cara proses bahan kek keju (B)

1. Putar krim keju dan gula castor sehingga menjadi kembang

2. Masukkan susu pekat manis, esen vanila dan krim oreo yang telah diasingkan, putar sehingga sebati

3. Masukkan whipping cream dan gelatin yang sudah dibancuh dengan dua sudu makan air panas, putar sehingga sebati (Jika rajin, whipping cream boleh dipukul terlebih dahulu dalam bekas berasingan dan baharulah dimasukkan ke dalam bancuhan krim keju)

4. Masukkan oreo yang telah dipatah-patahkan, kacau sebati dengan menggunakan senduk atau spatulla

5. Tuang ke dalam loyang kek asas yang telah disejukkan

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman sebelum dihidangkan!

Resepi, Kek, Oreo, Keju

Artikel Berkaitan

Artikel Lain