suria

Bungkusan BTS Meal jadi kasut!... Idea kreatif si penata gaya ini dianggap genius

Josiah Chua mengambil masa selama lima jam untuk menghasilkan kasut menggunakan kotak bungkusan BTS Meal.

HIDANGAN eksklusif BTS Meal dari rangkaian restoran makanan segera McDonalds menjadi rebutan para Army (gelaran peminat kumpulan BTS) yang bukan sahaja ingin menikmati menu tersebut tetapi menyimpan bekasnya sebagai kenang-kenangan.

Ada juga yang menjual kembali bekas hidangan itu dalam talian dengan harga tinggi, namun seorang penata gaya Singapura mempunyai cara lain memanfaatkan bungkusan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar kasut getah, Crocs tampil rekaan bersama jenama mewah Balenciaga

Josiah Chua menukar bungkusan kotak BTS Meal, cawan kertas dan bekas sos hidangan itu menjadi sepasang kasut yang unik dan menarik.



Ramai memuji rekaan kasut itu yang menarik.

Rekaan kasut itu yang turut dimuat naik di Instagram miliknya segera menjadi tular dalam kalangan peminat BTS yang menyatakan rasa kagum dengan kreativitinya.

"Ini ada rekaan genius dan mengagumkan," tulis salah seorang pengikutnya.

Bercakap kepada CNA Lifestyle, Chua mengakui dia membeli hidangan itu kerana ingin mengetahui apa yang membuatkan BTS Meal menjadi trend dalam kalangan peminat.

Chua memberitahu rekaan dihasilkan itu adalah idea secara spontan dan proses pembuatan kasut itu menggunakan enam bungkusan BTS Meal.



Chua menggunakan enam kotak bungkusan BTS Meal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jelasnya, dia menghabiskan masa selama lima jam bermula daripada proses memotong, membentuk dan memerah idea bagi merealisasikan konsep kasut tersebut.

Chua turut memuat naik video pendek tentang proses pembuatan kasut itu di laman sosialnya.

"Idea menghasilkan kasut itu datang apabila teringat saya masih menyimpan tapak kasut daripada projek sebelumnya... Jadi saya terfikir untuk menggunakannya dan menghasilkan kasut berdasarkan bekas bungkusan BTS Meal.

Untuk rekod, hidangan BTS Meal baharu sahaja dilancarkan di Singapura baru-baru ini dan seperti di kebanyakan negara lain termasuk Malaysia, ia menjadi fenomena.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

BTS Meal, McDonalds, BTS, army, Mode, fesyen

Artikel Berkaitan

Artikel Lain