suria

Kandungan SPF risiko kanser? Ini apa yang perlu anda tahu sebelum beli, sapu ‘sunscreen’ pada kulit

Pilih sunscreen yang mempunyai SPF dengan kadar yang disarankan.

PEMAKAIAN ‘sunscreen’ atau krim pelindung matahari secara konsisten merupakan langkah penting dalam penjagaan kulit muka.

Terdapat pelbagai jenis sunscreen yang kini berada di pasaran, namun bagaimana cara untuk memilih produk tersebut dengan betul?

ARTIKEL BERKAITAN: Cukur bulu halus boleh buat wajah jadi licin dan berseri, betul ke?

Langkah awal bagi pemilihan suncscreen adalah periksa terlebih dahulu kandungan SPF yang ada di dalam sesuatu produk.

Kebanyakan ahli dermatologi menyarankan penggunaan kadar SPF30 atau lebih tinggi sekiranya anda sering terdedah di bawah sinaran matahari secara langsung.



Rutin pemakaian sunscreen sebelum terdedah pada cahaya matahari.

Bahaya jika SPF terlalu tinggi

Sunscreen yang mempunyai SPF yang tinggi tidak memiliki perlindungan secara menyeluruh untuk kulit kita.

Ia diformulasikan untuk menghalang dua jenis radiasi yang berbahaya sehingga menyebabkan kanser kulit iaitu sinar UVA dan UVB.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sinar UVA menembus lebih dalam pada kulit sehingga boleh menyebabkan kedutan, bintik hitam dan penuaan pada wajah. Manakala, sinar UVB yang terkena pada kulit akan mempunyai risiko kulit terbakar.

Orit Markowitz, pakar rawatan kanser kulit menyatakan bahawa sekiranya kadar SPF semakin tinggi digunakan, perlindungan terhadap sinar UVA akan menurun hasil daripada tindak balas sunscreen.



Penggunaan spray sunscreen tidak cukup untuk melindungi kulit anda secara menyeluruh.

Kadar SPF yang sesuai

Berdasarkan saranan daripada Skin Cancer Foundation, sunscreen dengan kadar SPF15 merupakan pilihan terbaik bagi anda yang ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah.

Bagi yang ingin melakukan aktiviti lasak seperti mendaki atau berenang lebih baik untuk menggunakan SPF30.

Bukan itu sahaja, selain SPF pastikan terdapat label UVA UVB protection bagi perlindungan yang maksimum pada kulit anda.



Sekiranya tidak pasti untuk memilih sunscreen dapatkan konsultasi daripada ahli farmasi.

Pilih sunscreen yang tepat

Elakkan untuk memakai spray sunscreen kerana kebanyakan individu yang menggunakannya hanya mendapat perlindungan 25 peratus daripada jumlah yang diperlukan.

Hasil kajian Harvard Medical School, bagi mendapatkan perlindungan yang cukup anda perlu menyembur sunscreen ke semua bahagian selama 6 saat.

Oleh itu, pilih sunscreen berbentuk krim dan sapukan 15 minit sebelum anda ke luar rumah bagi proses penyerapan yang lebih baik.

Sapu semula sunscreen setiap dua jam sekiranya anda menghabiskan banyak waktu di luar dan lebih tepat untuk memilih bersifat kalis air bagi anda yang mudah berpeluh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain