suria

Kulit kering dan sensitif? Apa kata amalkan mandian susu... hanya perlu 3 bahan sahaja

Mandian susu memberikan kelembapan pada kulit secara semula jadi.

KELEBIHAN susu memang tidak dapat disangkal lagi, selain terkenal dengan manfaatnya mampu menguatkan tulang malah ia juga bagus untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

Sejak turun temurun lagi amalan mandi susu dipratikkan bagi merawat masalah kulit. Namun tahukah anda bahawa ianya amat berkesan untuk melembap serta melembutkan kulit?

ARTIKEL BERKAITAN : Semakin ramai minum air klorofil untuk cegah jerawat, sejauh mana keberkesanannya?

Hampir kebanyakan produk penjagaan kulit mengandungi bahan SLS dimana ia akan menghasilkan buih yang banyak sehingga menjadikan lapisan kulit anda kering.

Kandungan asid laktik yang terdapat pada susu mampu bertindak untuk membersihkan kulit dan mengangkat sel mati serta membantu untuk mencerahkan kulit dengan lebih selamat.

Kulit Mengelupas Secara Sihat

Proses pengelupasan kulit tidak semestinya menyakitkan, dengan adanya susu ia akan memudahkan proses penukaran lapisan kulit baru secara semula jadi. Sekiranya anda kerap mandi susu kulit akan lebih lembap dan cerah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Keanjalan kulit

Selain mengamalkan supplement atau vitamin, anda juga digalakkan untuk mandi susu kerana ia mampu mengekalkan vitamin A yang mencukupi buat kulit. Bagi anda yang mengalami masalah kulit sensitif, jangan risau kerana susu adalah bahan selamat dah hasilnya akan membuatkan kulit anda tegang secara sihat.

Bahan-bahan mandian susu di rumah

• 2 cawan tepung susu

• 1/2 cawan tepung jagung

• 1/2 cawan baking soda

Cara penyediaan

Campurkan kesemua bahan di dalam bekas, kemudian tutup dan goncang sehingga ianya sebati. Simpan bekas tersebut di tempat sejuk selama satu hari, sekiranya anda ingin mandi masukkan campuran tersebut bersama air panas ke dalam tab mandian. Nikmati mandian susu anda dengan tenang dan menyegarkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain