suria

Kulit cantik tanpa makeup…ketahui cara tingkatkan kolagen dalam tubuh

Pengambilan kolagen secara konsisten dapat membuatkan wajah berseri tanpa solekan.

KEBANYAKAN produk kesihatan dan kecantikan di pasaran sering mengandungi kolagen dimana ia bukan sahaja dapat merawat kulit malah bermanfaat untuk tubuh badan.

Kolagen merupakan sejenis protein yang terdapat pada jaringan otot, tulang, tendon, pembuluh darah dan sistem pencernaan.

ARTIKEL BERKAITAN : Kulit kering dan sensitif? Apa kata amalkan mandian susu... hanya perlu 3 bahan sahaja

Semakin meningkat usia seseorang, tubuh badannya secara tidak langsung akan menghasilkan sedikit kolagen.

Tahukah anda terdapat banyak cara untuk meningkatkan kadar kolagen di dalam tubuh dengan mudah, antaranya dengan mengambil supplement, menambah makanan tertentu dan konsisten dengan melakukan senaman.

Makanan Asid Hyaluronik

Kebanyakan wanita hanya mengetahui asid hyaluronik hanya terdapat pada produk penjagaan kulit sahaja.

Namun bagi meningkatkan kadar kolagen secara semula jadi, anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang mengandungi asid hyaluronic seperti kekacang, sayuran hijau dan buah sitrus.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pengambilan Vitamin C

Tubuh manusia sangat memerlukan vitamin C daripada makanan, hasil penelitian dari Indian Dermatology Online menyatakan bahawa vitamin ini berperanan untuk melindungi dan membentuk kolagen lebih banyak dalam tubuh seseorang.

Gel Lidah Buaya

Anda sering menggunakan gel lidah buaya untuk merawat kulit terbakar dan meredakan ruam sahaja kan?

Namun terdapat satu penelitian yang diterbitkan dalam Clinical Cosmetic and Investigational Dermatology menunjukkan bahawa lidah buaya mampu meningkatkan pengeluaran kolagen ketika disapu pada kulit atau diambil dalam minuman.

Ginseng

Seperti yang anda tahu ginseng telah digunakan dalam perubatan tradisional selama bertahun-tahun.

Berdasarkan Journal of Ginseng Research pada 2012, kajian menunjukkan bahawa ginseng dapat meningkatkan jumlah kolagen dalam aliran darah serta memiliki sifat anti-inflamasi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain