suria

Sambil gosok gigi jangan lupa 'singgah' ke lidah... elak mulut berbau

Lidah juga perlu dibersihkan seperti anda menggosok gigi setiap hari.

BAKTERIA dalam mulut bukan hanya berpunca daripada gigi dan gusi sahaja, sebaliknya permukaan lidah juga perlu diberi perhatian.

Membersih lidah tidak memerlukan masa yang lama memandangkan sambil menggosok gigi itu, 'singgahlah' juga di lidah anda.

Ini penting memandangkan lidah antara tempat segala bakteria berkumpul hasil daripada sel mati atau sisa makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Skin tag' boleh ganggu penampilan anda... awas elak buang sendiri!

Malah ia juga boeh menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan, menghindari kepekaan terhadap rasa dan warna lidah akan bertukar menjadi putih akibat sisa bakteria itu.



Lidah perlu dibersihkan setiap hari bagi mengelak daripada bakteria berkumpul.



Cara membersih lidah

Ada di antara anda yang 'buat kerja senang' dengan hanya menggosok lidah menggunakan berus gigi yang sama.

Sebenarnya ia tidak disarankan kerana boleh menyebabkan anda muntah secara tiba-tiba kerana rusukan berus gigi ke tekak.

Terdapat sesetengah belakang berus gigi yang sudah disediakan untuk menggosok lidah.

Lebih berkesan, gunalah penggosok lidah berasingan kerana bentuknya mampu membersihkan sekitar permukaan lidah dengan sempurna.

Jangan terlalu menekan ke atas lidah kerana ianya mempunyai tisu yang lembut dan boleh menyebabkan luka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain