suria

New Balance kembali dengan 2 koleksi mengancam edisi pek ‘Harajuku’

Koleksi terbaharu New Balance menggunakan material yang menonjolkan ketajaman warna merah dan hitam.

JENAMA kasut terkenal New Balance melancarkan dua rekaan terbaharunya iaitu M1300 dan M577.

Menariknya, kedua-dua kasut terbaharu itu adalah sebahagian daripada pek Harajuku MTL575 Made in UK yang dilancarkan pada 24 Mei lalu.

M1300 hadir dengan gabungan warna merah dan hitam menggunakan material yang menonjolkan ketajaman dua rona tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada kelas walau guna barang terpakai! Kulit kerusi pesawat material koleksi terkini Off-White x Air Jordan 1

Tag M1300 pula diletakkan pada lidah kasut selain logo ikonik 'N' berwarna merah dengan garis tepi putih ditenun di atas panel hitam menggunakan bahan suede.



M577 kombinasi tiga warna merah, hitam dan putih.

Manakala, M577 tampil dengan corak warna hampir sama seperti rekaan MTL575 namun ia didominasi oleh tiga warna iaitu merah, hitam dan putih.

Rona putih pada bahagian lidah dah toecap, hitam pada bahagian tumit kasut sementara sisi dan quarter kasut dalam warna merah.

Lebih mengancam, seluruh kasut disempurnakan dengan midsole ENCAP kelabu dan putih serta tapak bergerigi bagi memberikan ketahanan dan cengkaman pada kaki.

Edisi Harajuku kini sudah boleh dibeli menerusi laman web rasminya dengan harga sekitar AS$266 hingga AS$308 (RM1,068 - RM1,232).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

New Balance, Harajuku

Artikel Lain