suria

Tak perlu telan pil nak dapatkan kulit anjal dan berseri, cukup amalkan makan 5 buahan-buahan ini

Limau antara buahan yang mempunyai banyak vitamin.

KAUM wanita sering dikaitkan dengan golongan obses memiliki kulit putih mulus dan sanggup berhabis wang ringgit membeli pelbagai jenis produk kecantikan.

Namun ada juga yang tidak percayakan produk-produk kecantikan ini kerana bimbang bahan-bahan yang digunakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Jangan risau, kulit anda tetap akan cantik bersiri sekiranya anda selalu mengamalkan pengambilan buah-buahan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu pakai topi punca kepala lelaki cepat botak, betulkah? Ketahui apa kata pakar

Seperti yang diketahui, buah-buahan mempunyai pelbagai sumber vitamin yang baik untuk kulit anda.

Vitamin C adalah salah satu sumber yang penting untuk meningkatkan paras antioksidan manakala vitamin A menghalang proses penuaan dan kemunculan jerawat.

Vitamin E pula menghalang kekeringan kulit, Vitamin B3 untuk merawat kerosakan yang berpunca daripada sinar matahari dan pigmentasi manakala vitamin K berperanan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan parut.

1. Lemon



Lemon kaya dengan vitamin C.

Lemon kaya dengan vitamin C, bahan antioksida yang sangat berkesan yang membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh dan melindungi badan daripada kerosakan akibat sinar UV dan pigmentasi melampau.

Antara khasiat lemon ialah menganjalkan dan mencerahkan kulit selain membersihkan kulit anda dengan lebih dalam.

Oleh itu, anda disarankan untuk makan lemon sekiranya mengalami pigmentasi yang tidak rata, bintik-bintik hitam dan parut akibat jerawat. Barulah kulit cantik.

2. Betik



Betik mempunyai khasiatnya tersendiri.

Khasiat buah-buahan seperti betik mengandungi vitamin A, C, B, folat, asid pantothenik dan mineral seperti magnesium dan potassium.

Enzim seperti papain dan chymopapain membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas dan juga sifat antibakteria.

Betik juga baik untuk merawat pelbagai masalah kulit yang lain seperti ketuat, eczema, corns dan tuberkula kulit.

3. Avokado



Avokado mempunyai kandungan tinggi vitamin.

Avokado mengandungi kandungan yang tinggi bagi kandungan lemak sihat, serat makanan, vitamin E, A, C, K, B6, niacin, folat dan asid pantothenik.

Khasiat avokado juga kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang menggalakkan penuaan sihat dengan melindungi kulit daripada sinar UV. Lemak sihat yang terkandung dalam avokado membantu keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka.

4. Oren



Limau antara tersenarai buah-buahan yang mempunyai kandungan vitamin.

Oren mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dengan setiap 100 gram mengandungi 54 miligram vitamin C.

Melalui kandungan antioksidan, oren membantu menghalang kerosakan akibat sinar UV, kerosakan DNA, kerosakan oksidatif, mengurangkan keradangan serta membantu sintesis kolagen. Oren banyak membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik.

5. Tembikai



Tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi.

Dengan peratusan kandungan air yang tinggi, ia membantu tubuh anda untuk kekal hidrat.

92 peratus daripada kandungan tembikai terdiri daripada air, 7.55% adalah karbohidrat dan 0.4% adalah kandungan gula dan serat.

Tembikai mengandungi vitamin C, A, B1 dan B6, carotenoids, flavonoids dan lycopene dengan kandungan sifar lemak dan tanpa kolesterol.

Tembikai juga kaya dengan asid amino dan lycopene yang membantu anda untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat. - Hellodoktor

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

buah, khasiat, kulit, cantik, Vitamin

Artikel Lain