suria

'Skin tag' boleh ganggu penampilan anda... awas elak buang sendiri!

Skin tag boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

TANPA mengira usia atau jantina, 'skin tag' boleh terjadi kepada anda dan jika dibiarkan ia boleh mengganggu penampilan terutamanya jika tumbuh di bahagian leher.

Menurut Dr Bazilah Mohamed Zain, skin tag merupakan lebihan kulit yang tergantung pada permukaan kulit dan tidak berbahaya.

Malahan ia tidak memberi kesan kepada individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu pakai topi punca kepala lelaki cepat botak, betulkah? Ketahui apa kata pakar

"Namun pada sesetengah orang, skin tag berada pada kawasan yang mengganggu pergerakan, menyebabkan berlaku geseran dan pendarahan. Hal ini menyebabkan rasa kurang selesa kepada individu terbabit.

"Tetapi ada juga yang ada skin tag namun tidak menyebabkan apa-apa gangguan, hanya mereka mahukan ia dibuang bagi tujuan kosmetik."

Boleh terjadi kepada semua jantina

Ia juga boleh terjadi apabila kita semakin berusia. Skin tag ini boleh berwarna sama dengan kulit atau lebih gelap dari warna kulit dan mempunyai saiz kecil dari 1mm-5sm. Kebiasaanya skin tag terjadi pada bahagian lipatan kulit seperti leher, ketiak, dan celah paha.



Rawatan skin tag sebelum dan selepas (kanan). Foto kredit: Dr Bazilah.

Ia lebih cenderung terbentuk dengan lebih banyak pada mereka yang obes atau mempunyai kencing manis.

Punca skin tag terjadi

Penyebab utama skin tag ini masih belum diketahui tetapi antara faktor-faktor berikut didapati memainkan peranan dalam pembentukan skin tag.seperti 'irritasi' kulit yang terjadi akibat geseran (antara lipatan badan) hormon (growth factor) yang tinggi terutamanya waktu mengandung dan penyakit gigantism, jangkitan HPV dan 'insulin resistance'.

3 cara mengubati skin tag

Cryotherapy dengan liquid nitrogen, radioterapi dan rawatan laser.

Elakkan membuang skin tag sendiri kerana ianya boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan teruk, dan juga boleh mendapat jangkitan kuman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Skin tag, hodoh, tumbuh, rawatan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain