Wanita mengandung! Nak pakai produk kecantikan, pastikan elak 5 bahan ini - Mode | mStar

Wanita mengandung! Nak pakai produk kecantikan, pastikan elak 5 bahan ini

Wanita hamil perlu mengelak daripada menggunakan produk mengandungi bahan-bahan yang boleh memberi kesan kepada janin.

SETIAP wanita mengandung pasti pernah berasa kurang berkeyakinan kerana peningkatan berat badan selain kulit muka bertukar kusam.

Itu belum lagi perubahan hormon sehingga wajah yang sebelum ini putih dan mulus dipenuhi jerawat.

Akan tetapi, peringatan buat semua wanita hamil - jangan sembarangan menggunakan produk kecantikan atau rawatan wajah kerana ia boleh membahayakan kandungan anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi alasan busuk, ketahui 5 tip elak badan berbau

Produk menjaga kecantikan wajah yang digunakan sebelum hamil mungkin sudah tidak sesuai kerana apa sahaja yang digunakan pada kulit boleh menyerap ke dalam aliran darah dan memberi kesan kepada janin.

Bahkan produk yang mendakwa ia menggunakan bahan semula jadi juga perlu disemak dengan teliti.

Berikut adalah beberapa bahan dalam produk perawatan wajah yang sebaik-baiknya dihindari ibu hamil:

Wanita hamil tidak digalakkan melakukan rawatan wajah.

1. Retinol

Produk kecantikan atau rawatan wajah yang mengandungi retinol atau retin-A dan retinyl palmitate sepatutnya dielakkan. Vitamin A memang penting untuk perkembangan janin namun dos tertentu boleh menyebabkan kelahiran cacat dan keracunan hati.

2. Benzoyl peroxide

Ibu hamil perlu berwaspada kerana produk masalah jerawat kebanyakannya mengandungi benzoyl peroxide yang boleh membahayakan janin.

Selalunya, doktor akan memberi nasihat agar mengelak daripada menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan itu sepanjang tempoh kehamilan.

3. Minyak terapi

Minyak terapi sering digunakan sebagai cara untuk menenangkan diri tetapi ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada ibu mengandung.

Contohnya, tea tree oil boleh menjadi racun sekiranya tertelan atau rosemary oil yang boleh meningkatkan tekanan darah atau memicu kontraksi. Sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang minyak terapi.

4. Salicylic acid

Kandungan lain dalam produk perawatan yang juga berbahaya adalah salicylic acid biasanya ada pada produk membersihkan wajah. Sebaiknya saat hamil, cari pembersih wajah yang benar-benar mengandungi bahan selamat.

5. Hydroquinone

Hydroquinone biasanya bahan digunakan dalam produk mencerahkan kulit. Wanita yang mengalami kulit kusam ketika mengandung sebaik-baiknya elak menggunakan produk pemutihan kulit.

Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin. Ini termasuklah jika ingin melakukan facial atau memakai mask.

Produk , Hamil , Retinol , Benzoyl peroxide

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain