suria

Jom cuba... 5 campuran kunyit ini boleh kecutkan jerawat, juga putihkan kulit anda!

Kunyit mempunyai pelbagai khasiat untuk kulit wajah anda.

KUNYIT bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi ia adalah bahan semula jadi yang mampu mencerahkan kulit wajah selain menjadi agen mencegah penuaan, mengurangkan hiperpigmentasi dan mengatasi jerawat.

Kandungan curcumin iaitu pewarna kuning pada kunyit adalah paling bermanfaat kerana ia bersifat antioksidan yang baik dalam mengurangkan radikal bebas, anti radang dan anti bakteria yang baik untuk kulit wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibir kering? Ada sebab jangan jilat guna air liur

Bagi menambahkan kesan kepada kulit anda, apa kata campurkan kunyit dengan beberapa bahan ini sebagai masker;

1. Madu

Sifat antibakteria dan anti radang kunyit yang dicampur dengan kelembapan madu dapat mengecutkan jerawat dan membekalkan nutrisi pada kulit wajah.

Caranya mudah, campurkan satu sudu serbuk kunyit dengan setengah sudu madu sebelum dilumur ke wajah anda dan biarkan selama 10 minit.

Bilas wajah dengan air suam sehingga bersih. Bagi mendapatkan kesan maksimum, amalkannya dua kali seminggu.

2. Yogurt

Yogurt mengandungi asid laktik yang dapat menanggalkan sel kulit mati, kedutan halus serta mencegah pertumbuhan jerawat.

Jika dicampur dengan kunyit, ia boleh menjadi ubat menyembuhkan luka serta parut jerawat.

Aplikasikan campuran yogurt dan kunyit selama 15 minit untuk tiga kali seminggu dan anda dapat lihat hasilnya.

3. Tomato

Tomato mengandungi 30 gram vitamin C yang baik untuk kulit. Ia bukan sahaja merawat masalah jerawat tetapi mencegah penuaan dan mencerahkan kulit!

Nak buatnya juga senang, tumbuk tomato sehingga halus dan tambahkan serbuk kunyit. Sapu pada bahagian yang bermasalah selama 10 minit sebelum bilas dengan air.

4. Lidah buaya

Lidah buaya sering digunakan sebagai pelembap kulit, melawan bakteria dan memulihkan luka pada wajah.

Untuk dijadikan masker, campurkan setengah sudu makan kunyit dan dua sudu lidah buaya. Sapu rata pada wajah selama 10 minit dan bilas.

5.  Oat

Oat mengandungi antioksidan, anti radang serta avenanthramides yang dapat memulihkan kulit gatal dan kering. Selain itu, oat juga baik untuk mengatasi jerawat kerana ia bersifat menyerap minyak.

Campurkan satu sudu makan kunyit, satu sudu oat dan air secukupnya sehingga bahan itu sebati dan oleskan pada wajah dan cuci selepas ia benar-benar kering.

Kunyit, Madu, Yogurt, Lidah Buaya

Artikel Lain