suria

Jom cuba... Joging malam bantu bakar lebih banyak kalori

Elleney Merynda Wasli (kiri) bersama Mohd Fadzil Khalid tidak ketinggalan melakukan aktiviti larian pada waktu malam. Gambar hiasan. Foto: The Star

JIKA bercadang untuk kelihatan cergas dan sihat, anda perlu berusaha kerana sememangnya tiada jalan singkat.

Sesetengah orang mengambil inisiatif untuk kelihatan sihat dengan berlari kerana ia dapat membantu membakar kalori tanpa perlu menghadirkan diri ke pusat kecergasan atau gimnasium.

Tahukah anda melakukan aktiviti larian atau joging pada waktu malam boleh memberi kesan yang baik kepada kesihatan selain mempunyai tempoh masa ang panjang.

ARTIKEL BERKAITAN:  Awas ! Terlebih tidur boleh sebabkan strok

Lebih penting ia dapat membantu menurunkan kadar ketegangan otot dan menurunkan tekanan darah.

Melakukan aktiviti larian pada waktu malam dapat membantu mengurangkan jumlah kalori dan tekanan otot.

Faedah kepada kesihatan

1. Joging pada waktu malam boleh memberi masa yang panjang kepada anda kerana tidak perlu tergesa-gesa.

2. Antara faedah paling ketara ia dapat merehatkan minda anda yang penat selepas seharian bekerja.

3. Ia juga mampu membantu anda merancang waktu makan yang teratur kerana makanan akan dihadam ketika aktiviti joging dilakukan.

4. Malah ia juga dapat membantu membakar lebih banyak kalori secara efisien.

5. Joging pada waktu malam juga boleh membantu anda mendapat tidur dan rehat yang sempurna.

Bagaimanapun anda dinasihatkan supaya memakai pakaian yang lebih cerah dan berlari di laluan yang sesuai bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jadi, apa kata mula rancang aktiviti anda berjoging sama ada sendirian atau bersama rakan. Tentu sekali ia akan membawa perubahan pada diri anda.



Joging, waktu malam, kesihatan, rilek

Artikel Lain