suria

Ketahui 4 faktor penting ketika melalui fasa penuaan

Terdapat beberapa faktor dalam fasa penuaan. Gambar sekadar hiasan

SABAN tahun, kita selalu mendengar ungkapan 'umur sekadar angka' sebaik sahaja menyambut hari kelahiran.

Sesetengah pihak menerima hakikat bahawa usia semakin meningkat, sebaliknya ada juga menganggap penambahan umur sekadar perubahan tahun yang memang akan berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malas! Naik tangga... bukan sahaja senaman bakar kalori, juga mampu jaga kesihatan mental anda

Penulis senior, Profesor Michael Snyder memberi komen mengenai laporan di Medical News Today; "Kita sedia maklum terdapat beberapa teori molekul dan gejala klinikal seperti tahap kolesterol tinggi yang biasa ada dalam populasi penuaan ini.

"Tetapi kami ingin mengetahui lebih berkaitan penuaan serta apa yang boleh kita belajar daripada populasi tersebut.

"Apa yang berlaku kepada setiap individu ketika perubahan umur? Tiada siapa yang akan menjadi orang yang sama dalam setiap perubahan waktu."

Menurut kajian terbaharu, terdapat empat fasa yang akan dilalui setiap individu ketika melalui fasa penuaan.

1. Metabolisme - tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis iaitu atabolisme memghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel, manakala anabolisme menggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik.

2. Imun - tidak dapat diserang atau dijangkiti sesuatu penyakit kerana adanya antibodi, suntikan pelalian.

3. Hepatik - hal berkaitan dengan fungsi hati.

4. Nefrotik - sindrom yang menyerang organ termasuk fungsi buah pinggang


Peningkatan, Umur, Faktor, 4

Artikel Lain