suria

Bibir kering? Ada sebab jangan jilat guna air liur

Masalah bibir kering boleh mencacatkan penampilan seseorang.

KEADAAN cuaca tidak menentu bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan seperti selesema atau demam tetapi membuatkan bibir menjadi kering dan pecah.

Pakar kulit, Daniel Glass memberitahu bibir kering dan pecah terjadi disebabkan terdedah kepada udara sejuk dan kering, ditambah udara hangat yang dihembus daripada mulut.

Keratin yang terdapat pada lapisan atas kulit bibir akan hilang fleksibiliti apabila terdedah kepada keadaan itu dan menyebabkan masalah kering dan pecah, kata Daniel.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu malu dan obses putihkan wajah... Ada 4 kelebihan kulit sawo matang!

Tetapi jangan bimbang, terdapat beberapa kaedah boleh diamalkan bagi merawat masalah itu termasuk:

1. Jangan jilat bibir guna air liur

Biasanya apabila bibir kering, kita akan menjilat bibir menggunakan lidah bagi melembapkan bahagian itu namun sebenarnya cara itu akan menyebabkan masalah itu bertambah teruk.

"Menjilat bibir akan mengurangkan lapisan minyak yang melindungi bibir dan tabiat itu akan menyebabkan masalah bibir pecah bertambah buruk," katanya.

Sebaik-baiknya, jika terasa ingin menjilat bibir, sapu air ke bibir anda dan ulangi kaedah itu sehingga bibir benar-benar pulih.

2. Guna pelembap bibir

Cara terbaik melembapkan bibir adalah menggunakan pelembap bibir yang dapat menghaluskan permukaan kulit dan bertindak sebagai agen oklusif, meningkatkan kelembapan.

Sebaiknya sapu pelembap bibir dengan kerap termasuk sebelum tidur bagi memulihkan masalah itu dengan cepat.

Bagaimanapun penggunaan pelembap bibir juga perlu berhati-hati kerana mungkin kandungan bahan digunakan tidak sesuai dengan anda.

Bibir, Kering, Pelembap Bibir, Air Liur

Artikel Lain