suria

Berhijab bukan alasan untuk abai penjagaan mahkota wanita, semak 8 tip ini

Berhijab bukan alasan untuk abai penjagaan mahkota wanita. Gambar hiasan. Foto: FAIHAN GHANI/The Star

RAMAI dalam kalangan wanita yang memakai tudung kurang peka tentang penjagaan rambut kerana merasakan ia tidak penting memandangkan ia ditutup dengan hijab.

Sebenarnya pandangan itu silap, malah wanita yang mengenakan tudung perlu lebih peka terhadap penjagaan rambut berbanding mereka yang tidak bertudung.

Belum terlambat untuk mengubah sikap dan lebih prihatin terhadap penjagaan rambut anda. 

Jadi, apa kata ikuti senarai tip di bawah ini.

1. Sisir rambut sebelum mandi

Perkara paling asas dalam penjagaan rambut adalah dengan kerap menyisirnya terutamanya sebelum mandi.

Ia penting bagi menguraikan rambut yang tersimpul akibat diikat. Ia sekaligus dapat mengurangkan risiko rambut putus ketika di syampu.

2. Sapukan aloe vera

Jika ada menaman pokok aloe vera di rumah, apa kata ambil sedikit dan keluarkan lendirnya untuk disapu ke rambut anda dan biar selama 10-15 minit.

Ia bukan sahaja menguatkan rambut anda tetapi juga membuatkan rambut anda kelihatan bersinar dan lembut meskipun bertudung.

3. Guna syampu dan perapi

Wanita bertudung biasanya mempunyai rambut yang kering kerana kurang terdedah kepada cahaya matahari. Oleh sebab itu, kulit kepala lebih terdedah kepada masalah kelemumur.

Sebaiknya, gunakan syampu anti kelemumur dan perapi bagi memastikan rambut anda sentiasa lembut dan mudah diurus.

4. Jangan pakai tudung ketika rambut basah

Biasanya kalau sudah terlewat dan tak sempat keringkan rambut, memang akan terus sarung tudung!

Sikap itu jangan jadikan ia amalan kerana bukan sahaja menyebabkan kepala dan tudung anda berbau tetapi boleh menyebabkan masalah kelemumur dan rambut putus.

5. Pilih tudung material serap peluh

Tiada alasan lagi! Berlambak di pasaran menjual pelbagai jenis tudung dengan rekaan menarik tetapi menggunakan material serap peluh.

Material serap peluh ini boleh mengurangkan masalah bau selain udara boleh menembusi ke kepala anda.

Rambut, Bertudung, Hijab, Tip, Mode

Artikel Sebelum

Artikel Lain