2020 bakal tiba, jom semak gaya dan fesyen yang diramal trending - Mode | mStar

2020 bakal tiba, jom semak gaya dan fesyen yang diramal trending

Min Luna kongsi ramalan gaya dan pemakaian fesyen yang bakal trending pada 2020.

BERBAKI beberapa minggu lagi, kita akan melangkah ke tahun baru. 

Sudah pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk memperagakan gaya dan penampilan fesyen yang akan menjadi trending pada tahun hadapan. 

Pernahkah anda tertanya-tanya siapakah penata gaya di sebalik nama-nama selebriti terkenal tanah air seperti Neelofa, Scha Alyahya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Remy Ishak, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Datuk Sheila Majid, Ziana Zain dan ramai lagi ? 

Min Luna, begitulah figura berperanan penting berusia 35 tahun di sebalik fesyen selebriti yang trendy ini. 

Berikut adalah perkongsian Min Luna berkenaan ramalan gaya dan penampilan fesyen yang bakal menjadi ikutan pada 2020. 

Reka corak polka dot kembalikan kegilaan memori retro.

1) Polka Dot 

Polka dot menjadi antara ribuan motif yang popular dan menjadi trend dalam dunia fesyen sekitar tahun 50-an dan 60-an, jadi zaman 2000 ni mungkin anda yang akan membuat comeback trend tersebut.  

Reka corak klasik ini kelihatan cukup segar dan ceria serta dapat mengembalikan sebahagian daripada kegilaan memori retro dan menonjolkan kegembiraan jiwa muda. 

Menariknya, reka corak polka dot ini lama dipakai dan diterima oleh semua khususnya penggemar fesyen dengan hati terbuka. 

Ia adalah definisi kepada gaya menggoda dan polos serta dapat menyerlahkan perwatakan kewanitaan dalam berfesyen. 

Ramai pereka fesyen antarabangsa dan tempatan gemar corak dan warna polka dot yang lazimnya padanan rona hitam dan putih untuk pakaian, ada pada gaun, skirt, kemeja dan tali leher. 

Bagi individu yang bertubuh kecil dan ramping, anda boleh menggayakan atau memilih motif polka dot dengan bulatan yang lebih besar. 

Bagaimanapun, bagi individu yang berbadan gempal boleh memilih motif pola dot bersaiz besar (double xl) untuk menutup bahagian yang besar disertakan dengan padanan bottom motif polka dot bersaiz kecil, ataupun sebaliknya.

Ruffles and tiers bantu individu berbadan petite kelihatan lebih tinggi.

2) Ruffles and Tiers 

Tahukah anda ? Ruffles bertingkat sangat bagus dalam menyembunyikan bahagian yang bermasalah di sekeliling perut anda. 

Selain membenarkan pergerakan anda lebih mudah (flowy) dan kelihatan bergaya pada masa yang sama, skirt bertingkat ini dapat membuatkan anda kelihatan langsing dan tinggi. 

Tiered skirt atau skirt bertingkat ini sesuai bagi individu berbadan petite kerana lapisan melintang bertingkat pada skirt menampakkan individu lebih besar sekaligus bilangan tingkat skirt membantu kelihatan lebih tinggi.

Karakter neon buatkan anda kelihatan lebih fresh dan energetic.

3) Neon and Splash  

Anda gemar bermain dengan warna ? Neon and splash merupakan pilihan menarik yang patut anda cuba gayakan pada tahun hadapan. 

Meskipun ramai yang cuba mengelak daripada memakai outfit yang berwarna neon sebab akan nampak pelik dan over, tetapi sekarang ni warna neon sudah kembali mengikut trend fesyen. 

Anda boleh menggayakan outfit berwarna biru elektrik, pink, kuning atau hijau muda yang mampu mempengaruhi emosi anda dan membuatkan anda kelihatan lebih segar dan bertenaga. 

Anda boleh cuba padanan warna neon dan basic (kelabu, hitam, putih) untuk nampak playsafe. 

Karakter warna neon lebih sesuai dipakai ketika keluar bersantai jika anda takut menarik perhatian mata-mata yang memandang. 

Jika anda jenis orang yang fearless, anda boleh cuba mengenakan dua padanan warna neon dalam menyesuaikan outfit anda. 

Tidak semestinya mengenakan warna-warna yang terang pada pakaian sahaja, anda juga boleh menggayakan apa-apa aksesori seperti kasut atau beg tangan yang berwarna neon. 

Tampil kelihatan berbeza dengan gaya pemakaian electric leather.

4) Electric Leather 

Tidak menjadi masalah untuk mengenakan pakaian kulit berwarna neon di Malaysia kerana kebanyakan material nya bersifat sintetik dan breathable, jadi inilah masanya untuk anda cuba ! 

Tampil kelihatan berbeza daripada tahun sebelumnya dapat memberikan kepuasan kepada diri anda kerana mencuba sesuatu yang baru. 

Jika anda takut untuk mengenakan pakaian tersebut pada waktu bekerja, anda dapat bermain dengan warna-warna yang menyerlah ini pada hujung minggu. 

Pemilihan suits yang betul dapat memberikan anda keyakinan dan membuatkan anda kelihatan presentable.

5) Suits 

Di sini Min Luna memberikan pendapat supaya anda sekurang-kurangnya memiliki sepasang suit mengikut ukuran tubuh badan anda supaya anda lebih berkeyakinan apabila memakai outfit tersebut. 

Selain membuatkan anda kelihatan presentable, suits mampu menampakkan anda seorang yang professional. 

Bukan sahaja boleh dikenakan pada acara formal, anda juga menggayakannya ketika bersantai dengan padanan aksesori yang ringkas untuk tampil feminin. 

Min Luna , trending

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain