Baunya bukan sahaja harum... Ketahui 5 kebaikan lavender untuk kecantikan anda - Mode | mStar

Baunya bukan sahaja harum... Ketahui 5 kebaikan lavender untuk kecantikan anda

Minyak lavender mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan kulit anda.

SIAPA yang tak suka dengan bau lavender? Ia sering menjadi pilihan sebagai pewangi rumah dan kereta, malah ada juga dalam bentuk minyak perapi untuk menenangkan fikiran.

Tetapi di sebalik baunya yang harum, lavender memiliki pelbagai manfaat untuk kecantikan anda termasuk kulit dan rambut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibir hitam atau kusam, apa kata cuba tip paling mudah ini

mStar senaraikan kebaikan minyak lavender bagi yang mahu mencuba alternatif untuk tampil lebih menawan.

1. Mengatasi jerawat

Minyak lavender mampu membunuh bakteria sekaligus memulih dan mencegah masalah jerawat pada wajah.

Menyapu minyak pada wajah dapat membuka pori wajah bagi proses pemulihan kulit yang rosak.

Caranya mudah, anda hanya perlu campurkan minyak lavender dengan minyak kelapa dan sapukan ke wajah selepas membersihkan muka.

2. Merangsang pertumbuhan rambut

Bagi yang mengalami masalah rambut gugur, menyapu minyak lavender ke kepala mampu merangsang pertumbuhan rambut menjadi lebih lebat.

Campurkan sedikit dengan minyak kelapa, lumurkan larutan itu ke bahagian kepala dan lakukan urutan lembut. Paling penting, ia juga sebagai pelindung membasmi kehadiran kutu.

3. Mencerahkan kulit

Haa! Tak payah sapu krim pencerah, cukup guna minyak lavender yang mampu merawat masalah warna kulit tidak sekata termasuk bintik-bintik hitam.

Ia juga boleh menanggalkan kulit mati serta kemerahan pada kulit selain mengatasi masalah pigmentasi pada kulit.

Lavender mempunyai pelbagai kebaikan untuk kecantikan kulit.

4. Anti penuaan

Mengamalkan menyapu minyak lavender pada kulit boleh melambatkan proses penuaan memandangkan ia kaya dengan antioksidan.

Ia juga mampu melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit termasuk pembentukan garis halus dan kedutan pada wajah.

5. Membantu pemulihan luka

Jika mengalami kecederaan, sapu minyak lavender ke bahagian luka dan Insya-Allah ia mampu mempercepatkan proses penyembuhan selain mengurangkan parut.

***Cara terbaik menggunakan minyak lavender adalah melarutkannya dengan minya seperti minyak kelapa atau zaitun. Sebaik-baiknya gunakan secara sederhana kerana penggunaan secara berlebihan dikhuatiri boleh merosakkan kulit.

Jika terdapat kesan sampingan seperti ruam, hentikan penggunaan minyak ini kerana ia menunjukkan anda mempunyai alergi terhadap lavender.

Lavender , Kulit , Rambut , Kecantikan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain