Tidur dengan maskara boleh rosakkan kornea! Ketahui 5 tip kesalahan memakai riasan ini - Mode | mStar

Tidur dengan maskara boleh rosakkan kornea! Ketahui 5 tip kesalahan memakai riasan ini

Kesan riasan maskara boleh memukau jika wanita itu bijak menggunakannya dengan betul.

SOLEKAN wajah mungkin perlu untuk sesetengah wanita tetapi ada yang hanya mahu tampil ringkas dengan gincu semata-mata.

Namun, bagi tampak lebih anggun pastinya ada ketikanya kaum hawa ingin kelihatan berjaya dan solekan menarik, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

Salah satu riasan penting untuk sesetengah wanita adalah memakai maskara.

ARTIKEL PILIHAN: Kuku kasar dan mudah pecah? Jom cek kesalahan yang biasa dilakukan ketika potong kuku

ARTIKEL PILIHAN: Bos Levi’s dedah 10 tahun tak basuh jeans miliknya, anda bagaimana?

Ia boleh dipakai pada bila-bila masa kerana penggunaannya akan membuatkan bulu mata seseorang itu kelihatan lebih panjang.

Maskara juga boleh mengubah penampilan seseorang untuk tampak lebih cantik, bahkan sensual.

Bagaimanapun, ada yang memakainya dengan cara yang tidak betul hingga menyebabkan wajah berubah kelihatan lebih tua!

Cara pemakaian maskara yang tidak betul boleh mencacatkan wajah anda.

Jadi, apa kata ketahui lima kesalahan yang dilakukan ketika menggunakan maskara seperti yang disiarkan laman Asia One:

1. Terlalu banyak menggunakan produk ini akan menampakkan ia terkumpul pada bulu mata.

2. Tidak aplikasikan pada akar bulu mata di bahagian dalam ke arah hujung luar. Jika ini dilakukan ia akan menyebabkan bulu mata nampak tidak teratur.

3. Pemakaiannya maskara bermula dari bulu mata bawah akan menyebabkan bawah mata kelihatan gelap.

4. Maskara yang terlalu gelap atau terang akan membuatkan bulu mata kelihatan tidak semula jadi.

5. Tidak membersihkannya selepas seharian menggunakannya boleh menyebabkan bulu mata jadi rapuh dan gugur. Masalah lebih serius berlaku apabila ia menyebabkan kornea luka ketika tidur.

Jadi, sebaik-baiknya jangan ulangi kesalahan yang tersenarai dan cuba aplikasikan dengan cara betul untuk kelihatan lebih menawan.

Lebih penting lagi, jaga kebersihan dengan mencuci wajah anda sebelum tidur, bukannya beradu bersama maskara yang dipakai seharian.















maskara , kornea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Diet kopi, selamat atau sebaliknya?

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain