suria

Rambut gugur selepas bersalin? Ikuti tip penjagaan ini

Keguguran rambut selepas bersalin adalah proses normal tetapi ada cara untuk mengurangkan masalah itu. Foto SHUTTERSTOCK

MASALAH keguguran rambut dalam kalangan wanita boleh disifatkan sebagai perkara biasa, malahan kajian membuktikan kadar normal mahkota kaum hawa itu gugur adalah di antara 50 hingga 80 helai sehari.

Bagaimanapun keadaan itu boleh membimbangkan terutamanya selepas seseorang wanita itu melahirkan anak.

Pakar dermatologi, Dr. Hafsah Sazali memberitahu keguguran rambut selepas bersalin adalah proses normal yang berlaku kerana tahap oestrogen yang menurun dalam badan wanita selepas melahirkan anak.

Namun kata beliau, terdapat beberapa tip boleh diamalkan oleh kaum wanita yang baru melahirkan anak bagi mengelakkan masalah keguguran rambut berterusan.

Penggunaan syampu dan perapi sesuai boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin. 

1. Elakkan jenis syampu perapi yang intensif, sebaliknya boleh cuba menggunakan perapi dihujung rambut sahaja berbanding menyapu di seluruh kepala kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi 'berat' nampak lebih nipis.

2. Bagi yang memiliki fine hair, terdapat perapi rambut yang sesuai selain syampu yang memberi volume bagi membolehkan rambut kelihatan lebih tebal.

3. Mengubah penggayaan rambut. Boleh tanya dengan hair stylist anda tentang fesyen rambut sesuai untuk rambut nipis.

4. Memotong rambut pendek juga boleh mengelakkan rambut terus gugur dan juga lebih mudah diuruskan.

5. Keguguran rambut boleh terjadi selama beberapa bulan selepas bersalin. Selalunya ia akan pulih seperti biasa dalam masa setahun.

Sekiranya masalah tersebut tidak beransur baik, sebaiknya bertemu doktor kerana boleh jadi terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rambut menipis seperti kekurangan zat besi.

Bersalin, Rambut, Dermatologi, Syampu, Perapi

Artikel Sebelum

Artikel Lain