suria

Beauty Elixer... jom cuba ais krim untuk kekal cantik luar dan dalam

Dr. Steve Chia (kiri) dan pengarah urusan Creme De La Creme (CDLC), Lio Lim bersama menunjukkan ais krim Beauty Elixir yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan.

SIAPALAH yang tak suka makan ais krimkan? Ia bukan sahaja enak tetapi terdapat pelbagai perisa yang menyelerakan membuatkan sukar ditolak.

Dalam sedap menjilat ais krim yang meleleh dari kon, ia sebenarnya sering dikaitkan sebagai makanan tidak sihat disebabkan kandungan gula dan kalori yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jika diambil tanpa pengawalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 7 rahsia ajaib ais untuk muka... bukan sahaja jimat, juga boleh cegah penuaan!

Tetapi itu bukan lagi masalah apabila Creme De La Creme (CDLC) memperkenalkan ais krim yang diberi nama Beauty Elixir.

Amboi! Seperti namanya, ia bukan sahaja enak tetapi ais krim ini juga bertindak sebagai agen kecantikan wajah kerana menggunakan bahan semulajadi dan paling penting tanpa gula.

Enak... Beauty Elixir mengandungi enam ramuan termasuk laici, kolagen, air bunga ros dan bunga sakura. 

Idea penghasilan ais krim itu adalah idea Pengarah Urusan CDLC sendiri iaitu Lio Lim yang bekerjasama dengan doktor estetik, Dr. Steve Chia.

"Saya fikir sudah tiba masanya untuk merevolusikan kedua-dua industri ini iaitu kecantikan dan makanan dengan menghasilkan sesuatu yang orang akan suka seperti pencuci mulut bebas gula tetapi lazat.

"Semua orang suka ais krim tetapi Beauty Elixer bukan sahaja memberi kenikmatan itu, malahan dapat menghasilkan kulit yang sihat. Paling penting ia bukan sahaja pertama di Malaysia, tetapi dunia!," katanya.

Cerita Lio lagi, Beauty Elixer menggunakan enam bahan iaitu laici, bunga sakura, air bunga ros, glutation, kolagen dan vitamin C.

Katanya, kajian sendiri telah membuktikan kesemua bahan itu mampu membuatkan kulit lebih sihat, cerah dan licin sekaligus meningkatkan daya kesihatan tubuh badan.

Dr. Steve memberikan penerangan mengenai Beauty Elixir. 

Dr. Steve turut berkongsi mengenai kebaikan enam bahan yang digunakan dalam Beauty Elixer;

1. Glutation

Setelah bertahun-tahun penyelidikan secara klinikal dijalankan terbukti bahawa glutatuon merupakan sejenis bahan antioksida bebas dari alahan dapat membantu mencerahkan dan melicinkan kulit serta menjadikannya berseri. Ia berasaskan buah-buahan sekaligus menepis sebarang keraguan ketika menikmatinya.

2. Vitamin C

Vitamin ini berfungsi sebagai agen meneutralkan radikal bebas, meningkatkan sistem imun dan menyahtoksidakan badan.

Ia juga berfungsi sebagai pencerah kulit dengan cara menukar melanin menjadi warna lebih cerah dan menghalang pengeluaran enzim tyrosinase yang menghasilkan pigmen melanin.

Apabila glutation bergabung dengan vitamin C, ia dapat memberi kesan optimal pada proses pencerahan kulit.

Creme De La Creme menawarkan pelbagai perasa ais krim yang menggunakan bahan semulajadi dan tanpa pengawet, perasa tiruan atau pewarna. 

3. Kolagen

Banyak kajian menunjukkan bahawa kologen sangat penting dalam penjagaan kesihatan terutama keupayaan untuk mencegah penuaan.

Kolagen meningkatkan metabolisme, memperbaiki sel tisu, meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan dan meningkatkan kelicinan dan keanjalan kulit.

Ia juga memulihkan kulit yang rosak disebabkan oleh jerawat dan membantu memperbaiki kecacatan, bintik-bintik, parut dan mencerahkan kulit.

4. Cherry Blossom (Sakura)

Sakura kaya dengan antioksida, anti-radang, anti penuaan dan bertindak untuk memutihkan kulit. Ia juga kaya dengan asid lemak penting dalam memperbaiki pigmentasi tidak sekata, meningkatkan kelembutan dan kecerahan kulit.

5. Air Bunga Ros

Air bunga ros merupakan tradisi diamalkan wanita untuk kecantikan. Tradisi ini amat popular terutamanya di negara Parsi, Mesir, India dan negara-negara Eropah kerana ia berkesan bagi anti-inflamasi, anti penuaan dan anti-oxida.

6. Laici

Laici juga kaya dengan sumber antioksidan, vitamin C , Vitamin B kompleks seta flavonoid dan phytonutrient yang berkesan dalam mencegah penuaan disamping memberikan perlindungan daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain