Ada 7 rahsia ajaib ais untuk muka... bukan sahaja jimat, juga boleh cegah penuaan! - Mode | mStar

Ada 7 rahsia ajaib ais untuk muka... bukan sahaja jimat, juga boleh cegah penuaan!

Ramai yang tidak tahu ais mempunyai pelbagai keajaiban untuk kulit wajah.

KECANTIKAN kulit wajah sememangnya menjadi perkara yang amat dititikberatkan oleh semua, khususnya golongan wanita.

Memandangkan wajah merupakan aset penting, maka pelbagai cara dilakukan bagi mendapatkan kulit yang halus, gebu dan bebas daripada jerawat, sama ada menerusi rawatan moden mahupun petua tradisional.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap terdedah ‘sunburn’ berisiko menghidap kanser kulit, jom cuba 5 petua atasi kulit terbakar 

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut rosak guna hair dryer? Jangan bimbang, 5 tip ini boleh bantu selesai masalah anda 

Nah, sesiapa yang mengidamkan kulit wajah yang cantik dan bebas masalah, anda tidak usah pening kepala lagi.

Kami kongsikan petua yang mudah dan menjimatkan, dengan hanya menggunakan ais. Jom lihat tujuh keajaiban ais untuk wajah.

1) Kecilkan pori muka

Menakjubkan, ais adalah ‘resepi’ paling efektif untuk kecilkan pori-pori di kulit wajah. Caranya, ambil beberapa ketul ais kiub dan balutkannya di dalam sehelai tuala kecil. Tekapkan di wajah berulang kali. Anda disarankan untuk melakukan petua ini setiap kali sebelum bersolek. Pasti anda akan kagum dengan hasilnya kelak.

2) Kurangkan mata sembab

Normal untuk setiap orang mempunyai mata yang sembab. Biasanya ia disebabkan kurang tidur, stres atau mata tidak cukup rehat. Usah bimbang. Sama seperti langkah di atas, anda tekapkan ais kiub yang dibungkus di dalam tuala ke bahagian sekeliling mata.

Boleh juga kisar buah timun atau daun pudina untuk dijadikan ais.

3) Mekap tahan lama

Untuk memastikan mekap tahan lebih lama, tekapkan kuib ais yang sudah dibalut di dalam tuala kecil. Biarkan antara lima hingga 10 minit sehingga airnya kering, kemudian sapu skin care rutin anda pada wajah sebelum bersolek.

4) Kecutkan jerawat

Jerawat memang musuh utama kulit wajah. Tapi kini anda tidak perlu risau lagi. Caranya, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat. 

Ais berfungsi mengurangkan bengkak dan kemerahan kulit akibat jerawat. Selain itu, ais juga boleh menyeimbangkan kadar minyak berlebihan serta mengecutkan jerawat.

Ais boleh mengecutkan jerawat dengan cara menggosokkan ketulan ais pada bahagian berkenaan.

5) Kurangkan bulu halus pada wajah

Sesetengah orang mungkin mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu roma di sekitar wajah. Jangan tak tahu, ia boleh dikurangkan menggunakan ais. Ais berfungsi menghilangkan akar bulu-bulu halus di muka.

6) Segarkan wajah

Apabila ais diletakkan di wajah, secara automatik ia meningkatkan pengaliran darah. Caranya, letakkan beberapa ketul ais di dalam gelas kaca, dan tekapkan di wajah. Atau anda juga boleh meletakkan ais di dalam tuala kecil.

7) Cegah tanda penuaan

Jangan tak tahu, ais berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala. Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

ais , kulit , wajah , pori

Artikel Berkaitan

Artikel Lain