suria

Rambut rosak guna hair dryer? Jangan bimbang, 5 tip ini boleh bantu selesai masalah anda

Kekerapan menggunakan pengering rambut boleh menyebabkan rambut anda rosak. Foto Kredit VISUAL HUNT

BOLEH dikatakan sebahagian besar wanita malah lelaki pun menggunakan pengering atau pelurus rambut setiap hari!

Alat itu dianggap penyelamat bagi memastikan rambut kelihatan rapi dan kemas.

Tapi dalam kebaikan itu sudah tentu terdapat keburukannya! Kerap menggunakan alat itu boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering malah rosak.

Kepada yang gemar menggunakan pengering atau pelurus rambut, jom baca tip ini bagi membantu mengurangkan kerosakan rambut akibat hair dryer.

1. Tetapkan suhu sederhana

Jika anda tercium bau terbakar ketika menggunakan pengering atau pelurus rambut itu petanda suhunya terlalu panas. Sebaik-baiknya tetapkan suhu sederhana terutamanya bagi yang mempunyai rambut nipis.

2. Pakai serum rambut

Sebelum menggunakan alat itu, sapu serum yang khusus menghalang kerosakan sekali gus menjaga rambut anda daripada cepat rosak ketika terkena suhu panas.

Perkara baiknya, menyapu serum sebelum mengeringkan rambut dapat membuatkan rambut anda kelihatan sihat bersinar.

Pengering dan pelurus rambut sudah menjadi alat kemestian ketika bersiap. 

3. Keringkan rambut secara semulajadi

Paling baik keringkan rambut anda secara semulajadi tanpa menggunakan pengering rambut. Selepas mandi balutkan kepala anda dengan tuala dan biarkan ia kering sementara anda bersiap!

Cara ini lebih sihat sekali gus mengelak rambut anda daripada cepat rosak.

4. Jangan tumpu pada tempat yang sama

Apabila menggunakan pengering rambut, ada antara kita suka menumpukan hanya kepada satu bahagian. Sebaiknya elakkan.

Gerakkan pengering rambut ke seluruh kawasan kepala bagi memastikan semua bahagian kering secara rata.

5. Rawatan rambut

Jika anda tetap ingin menggunakan pengering dan pelurus rambut - laburkan juga wang untuk membeli produk perawatan rambut. Sesekali berkunjung ke spa rambut bagi memastikan rambut anda sentiasa sihat.

Artikel Lain