suria

Kerap terdedah ‘sunburn’ berisiko menghidap kanser kulit, jom cuba 5 petua atasi kulit terbakar

Kekerapan terdedah kepada sinaran matahari boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang pada kulit, di mana ia meningkatkan risiko penyakit kanser kulit selain membuatkan kulit menjadi kusam.

MALAYSIA adalah sebuah negara beriklim khatulistiwa, maka ia sememangnya sinonim dengan cuaca panas.

Bagi anda yang sering bergerak atau melakukan aktiviti di luar bangunan, sinar matahari boleh menjadikan kulit anda terbakar atau sunburn.

Apabila mengalami pancaran matahari secara terus, kulit akan kelihatan merah dan pijar apabila disentuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak elak penuaan di usia muda? Senang je, cuba guna 5 bahan semula jadi ini, terbukti selamat! 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kelihatan vogue, berkarisma... 4 aksesori ini pelengkap gaya wanita 

Menurut seorang ahli dermatologi dari New York, Shari Marchbein, jika anda berterusan terdedah kepada sinaran matahari, keadaan itu boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang pada kulit, di mana ia meningkatkan risiko penyakit kanser kulit, selain membuatkan kulit menjadi kusam.

Bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang anda boleh lakukan bagi mengatasi masalah sunburn.

1) Lap kulit dengan tuala dingin

Langkah pertama yang boleh dilakukan apabila mengalami sunburn adalah mengelap kulit menggunakan tuala yang telah direndam dalam air sejuk. 

Menurut seorang profesor dermatologi, Gary Goldenberg, memampatkan kulit dengan tuala sejuk dapat membantu meringankan rasa sakit yang disebabkan oleh selaran matahari.

Aloe vera biasa digunakan sebagai bahan utama dalam krim atau losyen pelembap.

2) Guna pelembap berasaskan aloe vera

Kesan terbakar oleh cahaya matahari boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Oleh itu, anda perlu menenangkan kulit terlebih dahulu dengan menggunakan losyen atau pelembap yang mempunyai kesan pantas untuk segera membaiki tisu pelindung kulit. Krim pelembap yang mengandungi aloe vera adalah amat digalakkan.

3) Banyakkan minum air putih

Sunburn juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Keadaan ini menyebabkan gatal-gatal pada kulit, di mana keadaan kulit bertambah buruk jika digaru. Kerana sangat penting untuk memenuhi keperluan cecair dalam tubuh dengan meningkatkan pengambilan air dan elektrolit untuk mencegah dehidrasi.

Sapukan krim yang mengandungi bahan anti-radang pada kulit yang lepuh akibat sunburn.

4) Krim sapu dan ubat anti-radang

Jika badan bertindak balas terhadap sunburn sehingga luka, maka ia akan menyebabkan keradangan. Ini akan menjadikan luka bakar anda terasa sakit. Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh mengambil ubat atau menyapu krim yang mengandungi bahan anti-radang bukan steroid seperti aspirin atau ibuprofen.

5) Jangan gatal tangan garu tempat melepuh

Sekiranya sunburn menyebabkan kulit anda lepuh, pastikan anda tidak menggaru kawasan tersebut. Ia bagi tujuan mempercepatkan proses pemulihan, dan juga mengurangkan risiko jangkitan. Tetapi jika anda merasakan keadaan kulit anda teruk, seeloknya anda harus segera berjumpa ahli dermatologi bertauliah. – BEAUTY JOURNAL

aloe vera, sunburn, kanser kulit, kulit

Artikel Lain