suria

Ketahui 5 petanda individu tidak berkeyakinan diri, elak terjebak sikap negatif ini

'Insecure' sangat tidak bagus kerana ia bukan saja membuatkan seseorang itu kurang berkeyakinan, namun lebih teruk dikhuatiri ia mampu mendorong kepada masalah kemurungan atau depresi.

SEMUA manusia dilahirkan dengan kelebihan dan keunikan tersendiri.

Namun, tidak dapat dinafikan, perasaan ‘insecure’ atau tidak yakin dengan diri sendiri pasti terbit apabila melihat kelebihan yang dimiliki orang lain.

Golongan wanita biasanya lebih cenderung mempunyai sifat ‘insecure’ ini, lantaran itu mereka akan sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memenuhi impian masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap terdedah ‘sunburn’ berisiko menghidap kanser kulit, jom cuba 5 petua atasi kulit terbakar 

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu taksub nak cantik, sanggup langgar hukum agama, ini 5 perkara wanita perlu tahu sebelum lakukan rawatan sulam bedak! 

Lazimnya, perasaan tidak yakin ini mempunyai kaitan dengan penampilan diri, baik dari segi rupa paras mahupun bentuk tubuh badan.

Tahukah anda, sikap ini sangat tidak bagus kerana ia bukan saja membuatkan seseorang itu kurang berkeyakinan, namun lebih teruk ia dikhuatiri mampu mendorong kepada masalah kemurungan atau depresi.

Justeru, mari kenali ciri-ciri individu yang mempunyai sikap ‘insecure’ untuk dijadikan sebagai panduan agar kita tidak sama terjebak dengan sikap tidak sihat ini.

Sesetengah wanita berasa kurang yakin dengan rupa paras dan suka membandingkan wajah mereka dengan orang lain.

1) Mereka cenderung mempengaruhi orang lain

Orang yang ‘insecure’ akan membuat anda merasa perkara yang sama juga. Jika anda sedang bercakap dengan seseorang yang cenderung terlalu merendah diri atau kurang bermotivasi, maka itu tandanya dia merupakan seorang yang ‘insecure’. Selepas bergaul dengan individu yang mempunyai ciri ini, anda juga akan merasa hilang semangat atau lebih teruk merasa tidak berguna (useless).

2) Merendahkan orang lain

Tindakan ini dilakukan supaya mereka dapat membuktikan bahawa ada insan yang lebih buruk daripada mereka untuk menutup kelemahan diri sendiri.

3) Mudah tersinggung

Ini berlaku kerana individu seperti ini terlalu banyak mendengar pendapat orang lain. Orang yang ‘insecure’ biasanya terlalu sensitif dan mudah tersinggung, dan mereka akan terus memikirkan perkara berkenaan berulang kali.

Ada individu yang terpengaruh untuk mencuba sesuatu produk tanpa memikirkan kesan sampingan kerana berasa kurang yakin dengan diri sendiri.

4) Mahu semua orang menyukai mereka

Disebabkan tidak mahu terpinggir, golongan ini cenderung untuk bersetuju dengan pendapat orang lain. Tanpa sedar, mereka akhirnya terperangkap dalam keputusan yang salah. Contohnya, apabila ada orang mencadangkan sesuatu produk, golongan ini akan terus bersetuju untuk menggunakannya tanpa memikirkan kesan sampingan.

5) Ambil kesempatan

Awas, golongan ini juga cenderung mengambil kesempatan untuk mencurahkan luahan hati terutama bersabit sikap ketidakyakinan mereka itu. Mahukah anda selamanya berdampingan dengan orang seperti ini yang hanya membuatkan anda ‘pening kepala’ dengan masalah mereka?

Justeru, berwaspada ketika anda berjumpa dengan golongan ‘insecure’ ini. Jauhkan diri agar anda tidak turut sama terjebak dengan sikap negatif ini. Ingat, setiap orang ada kelebihan dan keunikan masing-masing! - LIPUTAN6

Artikel Lain