Lelaki! Jangan abaikan penjagaan jambang, cuba tampil lebih kemas dengan 4 langkah ini - Mode | mStar

Lelaki! Jangan abaikan penjagaan jambang, cuba tampil lebih kemas dengan 4 langkah ini

Menyimpan jambang boleh membuatkan penampilan seseorang itu kacak dan bergaya jika kena dengan gaya.

MENYIMPAN jambang atau janggut adalah sunnah tapi ramai yang tidak mengambil berat tentang penjagaannya seperti mana rambut.

Anda sendiri boleh membuat perbandingan sama ada janggut anda sihat atau pun tidak. Cuba pegang jambang anda - kalau ia lembut, mudah dibentuk dan tidak bercabang di hujung maknanya anda menjaganya dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN : Jangan main-main! Ketahui 7 mudarat termasuk kegagalan buah pinggang jika badan kurang air

Namun kalau sebaliknya berlaku termasuk sering berasa gatal maknanya janggut anda tidak sihat.

Jangan bimbang, ada banyak cara untuk menjaga jambang atau janggut anda supaya kekal sihat.

Seperti mana rambut, jambang juga perlu dicuci menggunakan sabun khas. 

1. Rapi jambang anda, guna gunting dengan kerap

Sebelum merapi janggut anda, sikat ke arah atas terlebih dahulu sebelum menyikat kepada kedudukan asal dengan cara itu bulu yang tidak sihat akan timbul.

Guna gunting untuk merapi bulu janggut yang timbul itu dan lakukan secara kerap kaedah ini.

2. Cuci janggut anda

Seperti mana pentingnya kita mencuci rambut begitu juga dengan jambang. Ini kerana ia selepas seharian melakukan aktiviti, bahagian itu akan berminyak selain terdapat kotoran yang melekat.

Gunakanlah sabun khas untuk mencuci jambang dan sebaik-baiknya cucilah setiap hari atau sekerap mungkin.

3. Sapu minyak

Sapu minyak khusus buat jambang yang bukan sahaja melembutkan tetapi membekalkan vitamin dan nutrisi kepada jambang anda.

4. Sikat jambang anda!

Yang simpan jambang sampai ke dada tu, tolong laburkan sedikit wang untuk membeli sikat atau berus bagi memastikan penampilan anda sentiasa nampak kemas.

Jambang yang kusut masai bukan sahaja menyebabkan ia sukar dijaga tetapi penampilan itu mendapat cacian masyarakat. - GQ 

Jambang , Janggut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain