Nak elak dapat malu asyik terpelecok pakai ‘high heels’? Ini tip tampil elegan dan selesa! - Mode | mStar

Nak elak dapat malu asyik terpelecok pakai ‘high heels’? Ini tip tampil elegan dan selesa!

Foto: Ahmad Izzrafiq Alias. Kasut jenis 'pointy' paling sesuai digayakan ketika majlis perkahwinan.

SEPERTI tidak lengkap penampilan pengantin perempuan tanpa kasut sebagai sebahagian aksesori terpenting menjelang hari bahagia mereka.

Bagaimanapun wanita sering menghadapi masalah ketika menggayakan kasut tumit tinggi terutamanya untuk tempoh jangka masa lama.

Oleh itu, pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting agar anda tidak berasa sakit bahkan tampak menyerlah apabila dipadankan dengan busana kahwin memukau!

Umumnya, manusia memiliki tiga jenis kaki iaitu normal 'foot', tapak kaki rata (pronator) dan tapak kaki lengkungan tinggi (underpronator).

Ketiga-tiga jenis kaki ini mempunyai kemampuan berbeza untuk menjejak, menapak dan berjalan.

Setiap individu memiliki jenis tapak kaki berbeza dengan kemampuan berlainan.

Menerusi segmen mode kali ini mStar Online berkesempatan bertemu dengan Pengarah Operasi Areethan Malaysia, Daphne Lee, yang berkongsi beberapa tips pemilihan sepatu perkahwinan khusus buat bakal pengantin agar tampil anggun dan yang penting tidak malu besar gara-gara terpelecok.

Menurut Daphne, kasut jenis tumit tinggi merupakan suatu kemestian buat setiap bakal ratu sehari dalam menaikkan lagi seri dan penampilan seseorang untuk dipadankan dengan busana perkahwinan.

Kasut jenis 'pointy' dan 'peep toe' antara yang paling sesuai untuk digayakan oleh si ratu sehari.

Jika bakal pengantin perempuan seorang yang bertubuh rendah manakala pasangannya seorang yang tinggi lampai, mereka sebaiknya memakai kasut berketinggian sekurang-kurangnya empat inci.


Kasut jenis Peep toe dengan ketebalan platform ini lebih stabil dan selesa.

"Trick mudah untuk menggayakan kasut tumit tinggi adalah dengan memilih ketebalan platform sepatu berkenaan agar tekanan pada kaki dapat dikurangkan pada masa sama, anda juga akan rasa lebih selesa dan stabil.

"Sebagai contoh, jika kasut yang dipilih adalah empat atau lima inci, bermakna platformnya haruslah berketebalan dua inci," katanya yang memiliki sebuah mini showroom yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Sementara itu, gadis berusia 28 tahun ini memberitahu bagi wanita yang bertubuh gempal, kasut jenis half open peep toe mampu memberi ilusi kaki yang lebih kecil dan panjang.

"Sesetengah wanita memiliki kaki jenis besar. Antara kasut yang harus dielakkan adalah jenis sling backs kerana sepatu jenis ini akan lebih menonjolkan pergelangan kaki anda.

"Kasut jenis pointy high heels juga harus dielakkan kerana kasut jenis ini tidak sesuai untuk menampung berat badan dan akan membuatkan kaki anda berasa sakit.

"Sebaiknya pilih kasut dari material tulle lace dan jenis half open peep toe agar kaki anda kelihatan lebih tinggi, runcing dan kurus," jelasnya.

Kasut tumit tinggi half open peep toe akan memberi efek kecil dan panjang, sesuai buat mereka yang memiliki jenis kaki besar.

Beli jenama dan kualiti terbaik.

Bercakap soal kualiti, perkara yang difikirkan semestinya mengenai rekaan dan meterial yang digunakan.

Menurut Daphne yang juga merupakan seorang guru tuisyen bagi subjek sains, fabrik seperti plastik misalnya tidak sesuai dipakai untuk tempoh jangka masa lama kerana mampu membuatkan kaki anda cepat berpeluh, berasa sakit dan melecet.

"Sekiranya anda ingin membeli sepatu untuk dipakai ketika perkahwinan, belilah sesuatu yang berkualiti.

"Jangan sesekali beli kasut yang tidak berkualiti hanya kerana harganya yang lebih murah.

"Fabrik yang diperbuat daripada calf leather (kulit lembu) pada dalam bahagian kasut sangat selesa untuk dipakai sepanjang hari," katanya.

Material bahagian dalam kasut menggunakan fabrik kulit lembu tidak membuatkan kaki anda melecet.

Rona ideal kasut kahwin.

Selain jenis kasut, warna juga memainkan peranan yang sangat penting dan perlu anda titik beratkan.

Rona-rona seperti putih, silver, beige atau keemasan merupakan pilihan ideal untuk digayakan ketika majlis pernikahan mahupun pernikahan mahupun resepsi.

Bagaimanapun awas, kasut berwarna hitam tidak sesuai dan perlu anda elakkan!

Daphne yang mengusahakan perniagaan kasut bersama dua lagi kakaknya iaitu Sherena Lee, 34, dan Michelle Lee, 38, sempat berkongsi tips mengenai pemilihan fabrik dan perincian yang susuai untuk si ratu sehari!

Sesuai dengan status ratu sehari, Daphne berkata fabrik kasut dari jenis satin mampu menyuntik elemen mewah dan elegan.

Banyakkan bermain dengan rona lembut seperti putih, silver, beige atau keemasan sesuai buat si ratu sehari.

Fabrik dan perincian.

Kasut yang mempunyai material jenis brocade atau perincian kristal dan swaroski mampu menaikkan aura glamor.

Jika anda inginkan sesuatu yang sweet & romantic, fabrik jenis satin silk ditambah perincian seperti bow dan floral mampu menonjolkan sifat feminin si ratu sehari.

Untuk sesuatu yang simple anda boleh memilih fabrik jenis satin silk dipadankan dengan kerongsang. 

Jika inginkan kelainan namun simple, boleh mencuba jenis rekaan lipatan atau drape ini.

Kasut jenis ini juga sesuai dipadankan dengan busana tradisional seperti baju kurung.

Pilihan kasut buat anda yang sukakan sesuatu yang simple, sweet dan romantik.

Busana untuk material tulle pula sesuai digayakan dengan kasut daripada fabrik jenis french lace dan french beads.

Menariknya, koleksi kasut Areethan Malaysia adalah eksklusif kerana semua kasut di sini merupakan seni hasil buatan tangan.

Selain selesa, kasut Areethan juga mampu bertahan selama lima hingga enam tahun, katanya yang memiliki pelanggan dari Singapura, Indonesia, Qatar termasuk beberapa selebriti tempatan yang turut menggayakan kasut jenama ini.

Jenama Areethan Malaysia diusahakan tiga beradik iaitu Daphne Lee (kiri), Sherena Lee (kanan), dan Michelle Lee.

kasut kahwin , Areethan , Daphne Lee

Artikel Lain