suria

Korek kubur tengah malam, tegakkan mayat demi minyak dagu! Mangsa calitan kongsi cerita selepas tonton pendedahan ustaz

Proses penghasilan minyak dagu dibuat menggunakan mayat orang mati dibunuh atau wanita mati bersalin.

KISAH mengenai minyak dagu banyak diperkatakan dalam masyarakat kita, malah ia turut diangkat menjadi karya filem seram di negara ini.

Terbaharu, pendakwah terkenal, Ustaz Fauzi Mustafa turut mencuri perhatian ramai apabila dia tampil bercerita panjang lebar mengenai proses penghasilan minyak dagu.

Dalam pendedahan yang menyeramkan itu, Fauzi berkata minyak tersebut diambil daripada dagu mangsa bunuh atau wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak pertama.

"Minyak dagu ini tuan-tuan ialah minyak yang diambil daripada dagu orang yang telah mati. Nak tunggu orang mati dibunuh ataupun perempuan mati beranak sulung tu bukan hari-hari.

"Bayangkan pergi ke kubur tengah malam, nak buat apa? Nak korek kubur tersebut, lepas tu keluarkan mayat pula. Tengah-tengah malam, kemudian pasang api lilin. Tegakkan pula si mayat.

minyak2

Proses mendapatkan minyak dagu dilakukan pada waktu malam, kata Fauzi.

"Kemudian letak kat dagu si mayat tadi tu, sampailah beberapa minit pecah kulit dagu, keluarlah minyak. Tak banyak pun. Satu, dua, tiga titis saja. Rumitnya," ujarnya.

Tidak terhenti di situ, individu yang mahu mendapatkan minyak berkenaan kemudiannya perlu melakukan ritual pemujaan termasuklah menggunakan darah sendiri yang perlu dicampur.

"Lepas dapatkan minyak dagu tadi, pergi satu bilik, kita pun puja pula, proses pemujaan. Nak seru jin. Seru syaitan, seru khadam. Kenalkan identiti diri sebagai tuan.

"Darah kita pula, kena ambil kat jari ni, campurkan dengan minyak dagu. Bila tuan yang baharu, ada prosesnya pula.

"Bukan dapat macam tu je. Prosesnya, ambil darah kita, campur dengan minyak tadi, barulah dia taat pada kita. Sebab tu saya kata, banyak temberang sebenarnya," tambah Fauzi lagi.

minyak2

Fauzi tampil bercerita mengenai proses mendapatkan minyak dagu.

Dia berkongsi hal itu menerusi satu bingkisan video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok miliknya, baru-baru ini.

"Minyak dagu online banyak tembelang," tulis Fauzi pada kapsyen video yang menerima lebih 700,000 tontonan itu.

Video berkenaan turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang mendakwa pernah menjadi mangsa calitan minyak dagu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan-pelan masuk selimut peluk suami, isteri polis terlopong dapat tahu rupanya ‘hubby’ kerja malam... Siapa atas katil?

"Saya pernah terkena minyak ni dan tak boleh buat main siapa yang terkena calit. Kalau salah pergi berubat boleh jadi gila.

"Pernah jadi kat adik member. Jantan tu guna minyak dagu, 24 jam ikut jantan tu siap bawa balik rumah duduk macam laki bini. Last-last kami ambil bawa balik, Alhamdulillah ada cara nak pulihkan.

TO GO WITH Malaysia-religion-Islam-magic, FEATURE by Romen BoseIn a picture taken on August 16, 2010 a Malay Bomoh, or witch doctor, Pak Su explains his treatments in front of paraphanelia he uses to cure patients of their ailments on the outskirts of Kuala Lumpur.  As in many parts of Asia, a belief in the supernatural is widespread in Malaysia, but the practice has a different twist in the Muslim-majority country where meddling with the occult is banned under Islam.  AFP PHOTO / Saeed Khan / AFP PHOTO / SAEED KHAN

Selain proses di kubur, mereka yang terlibat juga akan membuat ritual pemujaan ke atas minyak dagu.

"Itu sebab minyak dagu kalau kena, lupa semuanya. Nak-nak tuan punya seru nama yang dia suka. Orang yang kena susah nak baik. Makan masa.

"Saya dari tak tahu proses ambil minyak dagu dah jadi tahu sekarang," tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, amalan ini ditegah sama sekali dalam agama Islam, malah urusan jual beli minyak dagu juga adalah haram dan berdosa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain