Awas... Berulang guna botol air plastik boleh bawa padah! - I-suke | mStar

Awas... Berulang guna botol air plastik boleh bawa padah!

Ramai daripada kita mengulang guna botol plastik untuk mengisi air.

BANYAK daripada kita yang tidak pernah terfikir tentang keburukan mengulang guna botol plastik kerana menganggap ia tidak berbahaya.

Namun anggapan itu sebenarnya salah kerana bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan plastik polikarbonat, Bisphenol A (BPA) larut ke dalam air dan menimbulkan bahaya.

Pengkaji mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit berkaitan kesuburan lelaki dan wanita, meningkatkan risiko kanser berkaitan hormon seperti payudara dan prostat.

ARTIKEL BERKAITAN: Baju mengecut selepas cuci? Jangan terkejut kerana syampu bayi adalah penyelesaiannya

BPA juga bukanlah satu-satunya punca kepada masalah itu, sebaliknya kajian dilakukan di Frontiers in Chemistry mendapati botol air daripada pelbagai negara mendapati 93 peratus daripadanya memiliki bahan plastik dikenali sebagai mikroplastik yang larut ke dalam air.

Bagaimanapun ketika ini banyak syarikat pengeluar air dalam botol plastik telah memilih menggunakan bahan bebas BPA dan menggantikan dengan Bisphenol-S (BPS) atau Bisphenol-F (BPF).

Pun begitu, kedua-dua bahan itu dianggap berbahaya kepada kesihatan manusia. Atas sebab itu juga, bekas plastik tidak digalakkan dimasukkan ke dalam microwave.

Dalam kajian lain dilakukan Treadmill Reviews, pengkaji turut menguji pelbagai jenis botol air yang digunakan kembali oleh atlet selama seminggu.

Hasil kajian itu mendapati sebanyak 313.499 bakteria terbentuk dan jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada kuman di mangkuk tandas.

Lebih mengerunkan, 60 peratus daripada kuman itu boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Botol air , Plastik , Kanser

Artikel Berkaitan

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain