suria

Apa personaliti anda? Jom kenali diri melalui 4 warna ini

Warna bukan berperanan sebagai penyeri kehidupan semata-mata, malah personaliti seseorang juga boleh dikenali melalui warna.

SETIAP kejadian sebenarnya boleh dikaitkan dengan warna.

Situasi itu meletakkan peranan warna memberi kesan penting dalam kehidupan setiap insan.

Melalui warna, manusia akan lebih cepat mengenal sesuatu hasil daripada deria penglihatan yang kemudian ditafsir oleh otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 10 fakta unik tentang kopi, boleh jadi punca perceraian! 

ARTIKEL BERKAITAN: Cili pelangi nampak 'mengancam' tapi awas tahap kepedasannya! 

Tahukah anda, personaliti seseorang juga boleh dikenali melalui warna?

Jom kenali personaliti diri melalui empat warna ini sebagaimana perkongsian oleh Pengasas Colour Vibration Theraphy (CVT), Dr Norhisham Wahab.

Pengasas Colour Vibration Theraphy (CVT), Dr Norhisham Wahab.
 

Putih

Anda merupakan seorang yang sangat peka dengan suasana dan bijak membaca situasi sehingga mampu menjadi perancang dalam pelbagai bidang. Anda berjaya dalam bidang akademik, mempunyai keyakinan tinggi dan berpotensi menaikkan semangat orang lain. Layak menjadi ketua kerana mempunyai karisma sebagai pemimpin. Cekal dan tabah mengharungi perjuangan hidup serta begitu meminati seni muzik.

Personaliti diri seseorang juga boleh dikenali melalui warna. (Gambar hiasan)

Merah jambu

Anda merupakan seorang yang periang dan berfikiran terbuka. Amat memahami perasaan orang lain dan sangat rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Penggemar warna ini juga seorang yang matang dan sangat pemurah. Anda ada gaya tersendiri dan meminati seni kreatif.

Individu yang tergolong dalam kumpulan warna putih merupakan individu yang berjaya dalam bidang akademik. 

Hijau

Anda seorang yang suka berfikir dan mempunyai daya ingatan tinggi. Anda bijak dalam membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak kerja. Anda juga bijak membuat perkiraan untung rugi. Dari segi pergaulan, anda mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana anda seorang yang peramah dan mudah mengingati seseorang.

Biru

Anda seorang yang intelektual dan berjaya dalam akademik. Anda juga seorang yang agresif dan berpandangan jauh. Keterampilan anda penuh gaya dan kemas, serta mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjaya dan hidup. Anda layak menjadi pemimpin kerana ketegasan serta kecekalan anda. Selain itu, anda mempunyai kebolehan fizikal yang mengkagumkan terutama bersukan dan kerja berat. 

Artikel Lain