suria

Wow! Garmin Venu, peranti terbaharu di pasaran bakal 'pikat' anak muda

Garmin Venu yang menyasarkan pengguna dalam kalangan golongan muda.

GARMIN melancarkan produk terbaharunya di Malaysia iaitu Garmin Venu yang menyasarkan pengguna dalam kalangan golongan muda.

Eksekutif Pemasaran Aeco Technologies (M) Sdn Bhd, Dickson Cheah berkata peranti itu adalah jam pintar yang dilengkapi dengan sistem kedudukan global (GPS) dan pemantau kecergasan yang tidak akan menjejaskan fesyen pemakainya berdasarkan talinya yang boleh ditukar ganti.

Pengedar sah tempatan Garmin adalah Aeco Technologies (M) Sdn Bhd. 

"Produk ini mempunyai ciri-ciri sukan dan fesyen yang terbaik. Sebelum ini, kekuatan kami terletak pada bahagian sukan tetapi kami mula melangkah dalam bidang fesyen dan gaya hidup dalam beberapa tahun ini.

"Kami mahu menyasarkan golongan muda, pengembara dan mereka yang aktif dalam sukan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran tersebut.

Cheah berkata dengan Garmin Venu, pemakainya dapat menjejaki waktu tidur mereka, kadar denyutan jantung, langkah-langkah yang diambil sehari, tahap tekanan dan bagi wanita, ia juga menawarkan penjejakan kitaran haid menerusi aplikasi Garmin Connect.

Mengenai hayat bateri, beliau berkata Garmin Venu yang berharga RM1,799 boleh bertahan sehingga lima hari pada mod jam pintar, manakala mod GPS dengan muzik boleh bertahan sehingga enam jam.

Anda boleh mendapatkan peranti ini dengan hanya KLIK DI SINI. -Bernama

Garmin, Garmin Venu

Artikel Lain