suria

Mahu sinki ‘stainless steel’ berkilat? Senang je, hanya ikut 7 langkah ini

Penjagaan kebersihan sinki sebenarnya adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

ADA sesetengah orang mempunyai tabiat yang tidak berapa bagus iaitu mencuci pinggan mangkuk tanpa membuang sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu.

Hal ini bukan saja menyebabkan sinki tersumbat, malah dihinggapi kotoran sekaligus memudahkan pembiakan bakteria.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak semua makanan boleh disumbat dalam peti sejuk, ini 7 item yang anda perlu elakkan 

ARTIKEL BERKAITAN: Duit gaji cepat habis? Ketahui tip pengurusan kewangan agar tidak ‘sengkek’ hujung bulan 

Penjagaan kebersihan sinki sebenarnya adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

Ini kerana sinki yang kotor bukan saja menjadi tempat pelbagai bakteria bersarang, malah ia mencacatkan pemandangan di dapur.

Selain menjadi tempat bakteria bersarang, sinki yang kotor juga mencacatkan pandangan.  

Seganlah jika tetamu berkunjung dan terlihat keadaan sinki yang berselaput dengan kotoran, pasti mereka mempunyai persepsi negatif terhadap tuan rumah.

Sebenarnya, bukan sukar pun untuk mencuci sinki. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah berikut:.

1) Keluarkan sisa-sisa makanan yang melekat di dalam sinki.

2) Gunakan span, kain lembut dan sabun pencuci, cuci keseluruhan ruang dalam sinki anda.

3) Bilas sinki dengan air biasa dan kemudian dengan air suam.

4) Ambil air yang mendidih, dan curahkan ke dalam lubang saliran sinki untuk menghilangkan bau busuk.

Amalkan membuang sisa kotoran ke dalam tong sampah terlebih dahulu bagi mengelakkan sinki tersumbat.

5) Campurkan serbuk soda bikarbonat dan jus lemon, dan tuangkannya ke keseluruhan permukaan sinki anda. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air panas.

6) Untuk membersihkan kotoran degil, taburkan soda bikarbonat pada tempat yang kotor, dan gosokkannya dengan berus gigi.

7) Lap sinki dengan tuala yang kering. Selepas sinki kering, taburkan sedikit tepung untuk menggilap sinki. Selesaikan proses mengelap dengan tuala. Bagi sesiapa yang memang berdepan masalah sinki kotor, apa lagi jom cuba langkah yang disenaraikan ini. - WIKIHOW

sinki, bakteria, stainless steel

Artikel Lain